Seorang juruwang ditembak mati selepas menegur dan meminta pelanggan lelaki untuk memakai pelitup muka semasa memasuki kedai. Kejadian ngeri itu berlaku di sebuah pasar raya di Georgia, Amerika Syarikat.
Menurut pihak berkuasa, seorang lagi mangsa ialah pesara timbalan syerif yang cuba campur tangan dalam kejadian itu turut ditembak oleh suspek.
Kejadian itu berlaku di Pasar Besar Big Bear di DeKalb, di mana pekerja berkenaan meminta Victor Tucker Jr, 30 untuk memakai pelitup muka.
Tucker yang tidak mempedulikan arahan berkenaan bertindak untuk bertikam lidah dengan mangsa sebelum meninggalkan pasar raya itu tanpa membeli apa-apa. Namun, suspek kembali semula ke premis dan menembak kepala mangsa.
Mangsa yang juga juruwang itu disahkan meninggal dunia di Hospital Grady Memorial. Suspek ditangkap polis ketika cuba merangkak keluar dari pasar raya.