Tiga lelaki berjaya diselamatkan selepas hilang selama tiga hari di sebuah pulau terpencil di Lautan Pasifik setelah mereka dikesan oleh juruterbang tentera laut Amerika Syarikat hasil dari lukisan “Help” yang dibentuk menggunakan daun palma di persisir pantai pada Sabtu.
Difahamkan, mereka terdampar di pulau tersebut selepas bot kecil yang mereka gunakan dilambung ombak. Mereka kemudian berenang sejauh 3 km ke pulau terpencil itu dengan bantuan jaket keselamatan.
Sebelum ditimpa tragedi itu, tiga sahabat itu bergerak dari satu pulau ke satu pulau menggunakan bot terbabit untuk tujuan pelayaran pendek.
Kehilangan mereka disedari oleh pihak keluarga yang membuat laporan pada Selasa lalu.
“Ini bukannya set penggambaran filem Castaway…” tulis pegawal keselamatan pantai ketika melaporkan operasi menyelamat itu.
“Mereka bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan dan berjaya berenang ke pulau terpencil itu“, katanya.
Dua jam selepas penemuan itu, ketiga-tiga mereka dibawa ke pulau Pulap; tempat dimana mereka memulakan pelayaran; menggunakan sebuah bot seorang nelayan tempatan sebelum dibawa ke hospital.