Juruterbang Maut Terjun Bangunan Akibat Tekanan Diberhentikan Kerja

Trending

Juruterbang Maut Terjun Bangunan Akibat Tekanan Diberhentikan Kerja

Seorang juruterbang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin lepas.

Menurut pihak polis, ia dipercayai berlaku akibat tekanan yang dialaminya selepas diberhentikan kerja dua bulan lepas.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 pada kira-kira jam 3 petang hari kejadian.

“Hasil pemeriksaan polis di sekitar kawasan berkenaan bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan mencurigakan atau apa jua unsur jenayah.”

Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri lalu bertindak terjun dari rumahnya.

Menurut Ismadi, soal siasat ke atas saksi memaklumkan lelaki itu merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan dan telah diberhentikan kerja sejak dua bulan lalu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dia menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan serta mengguris hati keluarga mangsa.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...