Juruterbang Maut Selepas Pesawat Bawa Ujian Pengesanan COVID-19 Ke Indonesia Terhempas

Kehidupan

Juruterbang Maut Selepas Pesawat Bawa Ujian Pengesanan COVID-19 Ke Indonesia Terhempas

Seorang juruterbang Amerika Syarikat maut di dalam nahas pesawat terhempas ketika dalam perjalanan ke sebuah kampung terpencil di Indonesia. Joyce Lin yang berusia 40 tahun itu berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Sentani, di daerah Papua.

Pesawat yang dibawanya itu dikatakan tidak berfungsi ketika dalam misi menghantar ujian pengesanan atau ‘rapid test kit‘ untuk COVID-19. Difahamkan, beliau dalam percubaan terbang ke Mamit, di dataran tinggi Papua, bagi membawa peralatan ujian ke klinik tempatan.

Advertisement

Satu-satunya individu dalam pesawat

joyce lin

Dalam masa beberapa minit selepas berlepas, dia melaporkan berada dalam situasi kecemasan. Pesawat itu jatuh ke Danau Sentani, dan penyelam mengesahkan bahawa dia tidak dapat bertahan. Menurut laporan, dia satu-satunya individu yang menaiki pesawat itu.

Mission Aviation Fellowship (MAF) mengatakan kini mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyiasat kejadian yang berlaku. Joyce Lin telah bekerja di Indonesia selama dua tahun dan bergabung dengan MAF selama lebih satu dekad sebagai pakar komputer.

joyce lin

Dia juga merupakan kelulusan dari Massachusetts Insitute of Technology di mana dia mendapat ijazah sarjana dan sarjana muda, sebelum mendaftar di Gordon-Conwell Theological Seminary dan lulus pada tahun 2017.

Untuk makluman, Indonesia kini merekodkan lebih daripada 15,000 kes COVID-19 dengan lebih 1,000 kematian. Menjadikan ianya jumlah kematian tertinggi bagi mana-mana negara Asia Timur selain China. Negara ini menyaksikan peningkatan drastik walaupun tidak melaporkan sebarang kes sehingga bulan Mac.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...