Jurutera Graduan Jepun Ini Terkejut Dengan Realiti Gaji Di Malaysia Jauh Lebih Rendah Berbanding Jepun

Kehidupan

Jurutera Graduan Jepun Ini Terkejut Dengan Realiti Gaji Di Malaysia Jauh Lebih Rendah Berbanding Jepun

Seorang individu yang dikenali sebagai Ahmad Sabri bercadang untuk pulang bekerja di Malaysia setelah menetap berbelas tahun lamanya di Jepun.

“Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.”

Advertisement

Ahmad Sabri segera mencari peluang pekerjaan yang ada di Malaysia, namun dia terkejut melihat penawaran gaji di Malaysia jauh berbeza daripada di Jepun biarpun mempunyai skop kerja yang lebih luas.

“Terkejut tengok! Requirements untuk kerja engineer terlalu tinggi dan skop kerja terlalu luas.”

Namun apabila melihat tawaran gaji yang hanya RM2500 sebulan, dia bagaikan tidak percaya dengan kenyataan itu.

Menurutnya kawasan kerja yang ditawarkan di pinggir bandaraya seperti di Puchong, tetap mempunyai kos sara hidup yang agak tinggi. Itu tidak termasuk kos pengangkutan, tol, minyak dan tempat letak kereta yang perlu ditanggung setiap bulan. Ditambah pula dengan syarat ‘perlu ada kenderaan sendiri’ pastinya menelan kos sekitar RM300 sebulan.

“Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insurans, KWSP adalah sekitar RM 1500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.”

Product Assignment and Price Calculation Rules in OroCommerce

Gambar hiasan

Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Menurut Ahmad Sabri, gaji yang ditawarkan itu amat berbeza dengan penawaran gaji di Jepun. Di Jepun, turut disediakan pelbagai kemudahan daripada syarikat serta gajinya adalah lebih tinggi walaupun mempunyai skop kerja yang lebih kecil.

“Lepas tu banding pula cari kerja di Jepun. Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Bersih sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insurans dan KWSP.”

Ahmad Sabri berpendapat tangga gaji bagi pekerja profesional di Malaysia adalah rendah dan tidak berbaloi dengan skop kerja yang perlu dilakukan.

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid?

Ahmad Sabri berpendapat pekerja profesional di Malaysia dibayar pada kadar yang sangat underpaid. Menurutnya, jurutera hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

“Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu mengarut. Gaji ditawarkan rendah, tapi jangkaan (expectation) tinggi.”

Gambar hiasan

Menjadi punca jurutera  graduan Jepun beralih bidang pekerjaan

“Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar daripada bidang engineer.”

Menurutnya gaji paling tinggi jurutera graduan Jepun adalah sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji ditolak dengan kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang perkhidmatan pelanggan. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji mereka boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja bidang ini dikatakan lebih mudah dan gaji ditawarkan adalah lebih tinggi.

Ahmad Sabri memberitahu dia kini sedang mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.

Dia menyatakan kepada sesiapa yang bercadang bekerja di Jepun perlu fasih berbahasa Jepun kerana mereka tidak pandai berbahasa lain selain Jepun. Menurutnya, Japanese-Language Proficiency Test (JLPT) N2 sudah memadai.

“Kalau nak kerja illegally ada sahaja. Tapi nanti kena kerah atau tipu tak ada siapa nak back up. Risiko tinggi.”

Ahmad Sabri walau bagaimanapun menjelaskan dia bukanlah memandang rendah pekerjaan di Malaysia sebaliknya hanya membuat perbandingan pekerjaan di kedua-dua negara ini kerana rancangannya untuk pulang bekerja di Malaysia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...