Jurusolek Kongsi Pengalaman ‘Diganggu’ Suami ‘Client’ Sendiri – “Setiap ‘Story’ Dia Balas..”

Kehidupan

Jurusolek Kongsi Pengalaman ‘Diganggu’ Suami ‘Client’ Sendiri – “Setiap ‘Story’ Dia Balas..”

Tugas seorang jurusolek dalam majlis perkahwinan adalah untuk memastikan pengantin kelihatan menawan sepanjang acara berlangsung. Sebelum adanya tukang andam yang khusus untuk pengantin lelaki, tanggungjawab untuk merias mereka turut dipikul oleh jurusolek.

Walau bagaimanapun, situasi ini boleh menjadi cabaran buat jurusolek wanita yang perlu berdepan dan menyentuh pengantin lelaki kerana risiko diganggu atau berdepan dengan situasi yang tidak selesa adalah sangat tinggi.

Advertisement

Baru-baru ini, seorang jurusolek iaitu Nabeela Khan telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan yang pernah dihadapinya.

makeup artist

gambar hiasan

Dalam hantaran di Threads, dia mengakui walaupun kebanyakan pelanggan bersikap baik, ada segelintir yang mengganggunya hingga membuatnya rasa tidak selesa dan terancam.

Gangguan mula selepas majlis selesai

Sebelum ini, dia memaklumkan dia akan menyediakan pakej untuk menyiapkan pengantin lelaki selepas selesai menata rias pengantin wanita namun kini tidak lagi.

Dia memberitahu gangguan yang dialaminya ini selalunya berlaku selepas majlis selesai.

pengantin

Nabeela menjelaskan bahawa dia menyedari pengantin lelaki tersebut akan follow di Instagramnya dan dia mula berasa tidak selesa apabila pengantin lelaki itu bertegur sapa dengannya.

Selalunya jadi lepas majlis. Tak semua pengantin lelaki macam ni tapi sesetengah akan tiba-tiba follow saya di Instagram. Saya selalu husnuzon maybe the wife guna IG dia kot.

 

Jadi tak selesa bila tiba-tiba ada ‘Hi!’ dalam inbox saya. And it gets more uncomfortable bila ada yang every story pun dia reply. Reply things yang awak tak expect datang daripada suami orang.

Tak mahu ‘make up’ pengantin lelaki

Semenjak itu, dia membuat keputusan untuk tidak melakukan servis menata rias pengantin lelaki biarpun dipujuk dan didesak oleh kliennya kerana trauma dan jijik dengan apa yang berlaku.

 

View on Threads

 

Kisah ini dikongsikan susulan tularnya insiden membabitkan seorang pembantu pengantin (Bride Assistant/BA) yang didakwa cuba menggoda pengantin lelaki.

Sebagai pengajaran, Nabeela menegaskan bahawa kesalahan terletak pada BA yang menggoda serta pengantin lelaki yang melayan.

Dalam situasi yang pernah dialaminya sendiri, Nabeela memilih untuk tidak membesar-besarkan perkara tersebut.

Sebaliknya, dia hanya menyekat akaun pengantin terbabit dan tidak memaklumkan kepada kliennya kerana enggan terlibat dalam isu rumah tangga yang masih baru dibina.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

penyondol makan hati bf post gambar dengan isteri
1 week ago

'Penyondol' Makan Hati Tengok Foto Teman Lelaki Bahagia Dengan Isteri, Bangga Permintaannya Dituruti - "Dia Padam Gambar Isteri Lepas Saya Cakap.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...