May 23rd, 2020

Selepas dibanding-bandingkan solekan watak Opah Aminah yang dibawa oleh Sheila Rusly dengan primadona Erra Fazira menerusi filem Hingga Hujung Nyawa, jurusolek drama Bukan Gadis Biasa, Nissa Khan tampil menjelaskan segala kemelut yang berlaku.

solekan tua sheila rusly

Menurut adik kepada pelakon Mas Khan ini, bajet yang diperuntukan oleh sebuah produksi untuk drama dan filem adalah sangat berbeza.

Menurutnya, bayaran solekan untuk watak tua yang dibawa Erra untuk filem berkenaan  adalah sekitar ratusan ribu ringgit.

Kita tak boleh samakan bajet drama dengan filem. Saya dengar bayaran makeup untuk watak tua Erra Fazira itu dalam RM200,000 hingga RM400,000.

Hal ini kerana, mereka menggunakan krew yang ramai, malah tiada produksi drama yang sanggup bayar dengan harga sebegitu untuk hanya mengendalikan solekan.

solekan tua sheila rusly

Tambah Nisa, andai dirinya diperuntukkan bajet sebegitu rupa, pasti beliau akan menjemput kenalannya dari luar negara untuk sama-sama bekerjasama menghasilkan yang terbaik untuk drama tersebut.

“Saya ada ramai kenalan antaranya dari Singapura dan Los Angeles. Hasil kerjasama kami mungkin boleh hasilkan yang sama ataupun insya-Allah lagi baik.”

Nisa bagaimanapun sekali lagi menegaskan, filem yang dilakonkan Erra itu dibantu lima orang jurusolek kesan khas manakala dirinya hanya bersendirian menghasilkan solekan untuk Sheila.

“Apa yang saya tengok dekat video di sebalik tabir, Erra disolek oleh empat atau lima orang jurusolek. Itu yang ramai tak boleh bezakan.”

View this post on Instagram

& its a wrap for Opah Aminah! Thank you @sheilarusly_jspictures & @jinggo_jspictures for this opportunity. #bukangadisbiasa #sfxmakeup #sfxmalaysia

A post shared by Makeup By Nissa Khan (@nissakhanmakeup) on

Kesan solekan watak Opah Aminah yang tidak nampak semulajadi itu menjadi buah mulut ramai apabila wujud segelintir pihak seakan tidak berpuas hati dengan hasil kerja tersebut. Malah, ada yang mempersoalkan mengapa pemilihan pelakon harus dituakan berbanding mengambil pelakon veteran.

Sumber: Gempak


6 responses to “Jurusolek “Bukan Gadis Biasa” Dedah Bayaran Solekan Watak Tua Erra Fazira”

  1. Anonymous says:

    aku pon buat special effect makeup. memang rakyat malaysia ni ingat makeup sfx murah. nak makeup hebat2. bagi contoh gambar nak international punye makeup. bile bagi harga diam terus tak reply cakap mahal. ingat bahan2 nak buat makeup sfx ni macam harga makeup biasa. barang sfx kat malaysia banyak tade kene preorder dari luar negara. bile nak harga murah kite guna barang murah so effect biasa2 je. aku rasa produksi ni bajet murah so kos makeup pon murah memang die buat makeup biasa2 je la. erra tu real tengok la kos berapa. yg makeup sheila ni confirm dalam 1-5k je memang effect sendu la. orang malaysia ni bangang tahu nak complain je.

  2. Anonymous says:

    tak habis-habis lagi kisah makeup die ni.

  3. Anonymous says:

    Drama merapu merepek, tak mendidik langsung

  4. feldegast says:

    That’s not an excuse for a sloppy job lady.

Leave a Reply to feldegast Cancel reply

Loading...