Jurusinar-X Hospital Sedang Hamil Dikuarantin Kerana Pesakit Tidak Maklumkan Sudah Dijangkiti COVID-19

Trending

Jurusinar-X Hospital Sedang Hamil Dikuarantin Kerana Pesakit Tidak Maklumkan Sudah Dijangkiti COVID-19

Seorang jurusinar-X di Hospital Serdang yang sedang hamil enam bulan tidak semena-mena terpaksa dikuarantin setelah seorang pesakit yang sudahpun mendapati dirinya positif dengan coronavirus itu tidak memaklumkan yang dia telah dijangkiti.

Menurut suami jurusinar-x itu di Facebook, setelah mendapati dirinya positif COVID-19, pesakit itu datang ke Hospital Serdang dan dia hanya diketahui dijangkiti virus itu setelah imbasan sinar-x pada paru-parunya dibuat.

Advertisement


Golongan yang bekerja di barisan hadapan semasa wabak ini ialah paling berisiko untuk terkena jangkitan disebabkan merawat pesakit.

Disebabkan sikap pesakit yang tidak mendedahkan jangkitan yang telahpun diketahui dan menjalani pemeriksaan seolah tidak ada apa-apa berlaku kini merisikokan nyawa seorang pekerja barisan hadapan dan mungkin juga merisikokan nyawa bayi yang dikandung.

Apakah perasaan anda jika nyawa orang lain terancam kerana sikap anda? Bagi penulis, pasti sukar untuk memaafkan diri seumur hidup.

Bersama-sama kurangkan risiko jangkitan dengan #StayAtHome bersempena Langkah Kawal Pergerakan yang bermula sejak semalam hingga 31 Mac. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...