Baru-baru ini, melalui platform Reddit, seorang wanita Malaysia yang bekerja sebagai jururawat sedang menghadapi dilema di mana dia perlu memilih sama ada terima bekerja di Singapura dengan gaji yang lebih tinggi atau kekal di Malaysia dengan kehidupan yang stabil.
Bekerja di hospital Malaysia atau Singapura?
Dalam hantaran tersebut, jururawat tersebut memberitahu tawaran pertama bekerja di hospital swasta di Malaysia bergajikan RM6,100 sebulan, faedah perubatan melindungi diri dan keluarga serta perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya hanya sekitar 1 jam sahaja.
Namun begitu, kekurangan bekerja di hospital swasta ini adalah tiada bonus, kenaikan gaji yang perlahan, peluang naik pangkat terhad dan hanya mempunyai 14 hari cuti tahunan.
Tawaran gaji belasan ribu ringgit, cuma..
Tawaran kedua pula bekerja di hopsital awam di Singapura, di mana gaji yang ditawarkan setinggi S$4,400 (lebih kurang RM14,432), tambah pula bonus sehingga 3.6 bulan gaji berdasarkan prestasi dan cuti tahun sebanyak 21 hari.
Banyak hal yang perlu dipertimbangkan kerana statusnya sebagai seorang isteri dan suami pula tidak mempunyai visa kerja di Singapura, membuatkan mereka perlu tinggal di Johor Bahru jika wanita itu memilih tawaran kedua.
Hantaran yang dimuat naik telah menarik perhatian ramai, di mana rata-ratanya menyarankan dia menerima tawaran bekerja di Singapura, walaupun perjalanan ke tempat kerja lebih jauh berbanding bekerja di Malaysia.
Apa-apa pun, semua keputusan terletak pada akak dan suami.. tapi kalau korang, pilih bekerja di Malaysia atau Singapura?