Jurulatih PLKN Terima Nota ‘Khas’ Dari Ibu Bapa Pelatih – “Kami Hantar Budak Lelaki, Kamu Pulangkan Seorang Lelaki Sejati”

Kehidupan

Jurulatih PLKN Terima Nota ‘Khas’ Dari Ibu Bapa Pelatih – “Kami Hantar Budak Lelaki, Kamu Pulangkan Seorang Lelaki Sejati”

Baru-baru ini, para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) menamatkan latihan mereka yang bermula pada 7 September lalu.

Satu gambar yang tular memaparkan hadiah diterima oleh jurulatih PLKN mencuri perhatian ramai kerana menyentuh hati.

Advertisement

Menerusi hantaran di Facebook rasmi PLKN, pada hadiah tersebut terdapat sekeping nota yang ditinggalkan oleh ibu bapa seorang pelatih, mengucapkan penghargaan atas usaha jurulatih membentuk anak mereka menjadi lelaki sejati.

FacebookSumber : Facebook PLKN  

Kepada jurulatih Team Alpha, kami hantar seorang budak lelaki kepada kamu. Kamu pulangkan seorang lelaki sejati kepada kami. Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan para jurulatih Team Alpha, tulis ibu bapa pelatih Team Alpha PLKN 3.0 Siri 3/2025 itu.

Perkongsian ini menerima pujian ramai netizen yang kagum dengan dedikasi para jurulatih membimbing pelatih sepanjang program.

Hari ini menyaksikan 642 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 7 September lalu.

Secara keseluruhan, seramai 340 lelaki dan 302 wanita menamatkan latihan, menandakan kejayaan mereka sepanjang program yang memberi pendedahan dalam aspek disiplin, kepimpinan dan kemahiran diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-24 14:22:20

“Suspek Juga Seorang Mangsa” – Peguam (Amicus Curiae) Bersuara Tentang Tragedi Tik*m Pelajar Sekolah Bandar Utama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...