Jurulatih Momota Kento Adalah Rakyat Malaysia

Trending

Jurulatih Momota Kento Adalah Rakyat Malaysia

Advertisement

Menurut sumber jurulatih perseorangan jepun Momota Kento yang berjaya mengalahkan Lew Daren dalam perlawanan penentuan Piala Thomas edisi 2014 adalah rakyat malaysia. Beliua adalah Izuan Ibrahim yang mungkin tidak terkenal di kalangan pengiat badminton di negara ini kecuali pengiat badminton di kelantan dan kelab Nusa Mahsuri.

Beliau yang merupakan seorang guru mengambil keputusan untuk berhijrah ke Jepun atas rekemen Dato Misbun Sidek. Beliau pada masa sekarang tidak lagi melatih Kento tapi kento adalah produk yang dilahirkan oleh skuad remaja kendalian beliau. Sudah semestinya Dato Misbun Sidek tahu akan kemampuan jurulatih watan sehingga rekemen mereka untuk melatih di luar negara. BAM ni pilih kroni, mana lihat pada bakat dan kemampuan individu untuk mewakili atau memikul tugas dalam BAM. Antara anak malaysia yang berkelana di luar negara adalah Salim Sameon, yang merupakan bekas pemain kelab Nusa Mahsuri dan beliau melatih badminton di Jerman.

Untuk rekod, Kento Momota adalah juara Junior World Champion edisi tahun 2012, edisi 2011 dia sekadar no.3 kalah semi final kepada Zulfadhli Zulkifli, tahun 2011 Zulfadhli juara Junior World Champion.

p/s bubar je BAM ni. tak cukup lagi ke 22 tahun tanpa piala?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...