Jurujual Kereta Pening Kepala, Pelanggan Mahu Beli Mercedes RM300,000 Tapi Gaji Bersih Hanya RM3,000

Kehidupan

Jurujual Kereta Pening Kepala, Pelanggan Mahu Beli Mercedes RM300,000 Tapi Gaji Bersih Hanya RM3,000

Seorang penasihat jualan kereta berkongsi di Threads, tentang perbualannya dengan seorang lelaki yang mengimpikan untuk memiliki kenderaan mewah.

Menerusi perkongsian itu, @umar_othman menunjukkan mesej perbualannya dengan pemuda tersebut tentang maklumat peribadi diberikan dalam proses untuk membeli sebuah kereta Merceders-Benz A45S 4Matic Plus.

Advertisement

Mengejutkan, pemuda terbabit mempunyai gaji bersih sebanyak RM3,000 namun berniat untuk membeli kereta mewah tersebut yang berharga lebih RM312,000.

Mercedes AMG

Sudah tentu gajinya tidak setimpal dengan kehendaknya dan perkara itu membuatkan Umar pening kepala apatah lagi ‘down payment’ kereta tersebut mencecah RM200,000.

Meski ada penjamin, pendapatan pemuda terbabit sendiri sudah tentu tidak dapat menampung bayaran ansuran bulanan iaitu RM3,161 (dengan 10% ‘down payment’).

Difahamkan, pemuda terbabit hanya mampu untuk membayar RM5,000 sebagai bayaran pendahuluan.

Pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup. Selera besar, nak beli kereta bulanan lagi tinggi dari gaji dia. Inilah benda kau kena hadap dan control emosi bila jumpa orang macam ni.

 

Post by @umar_othmann
View on Threads

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 months ago

Gaji RM2,000 Tapi Mahu Beli iPhone 15 Pro Max Bayar Ansuran Selama 5 Tahun - “Tak Mampu Buat Cara Tak Mampu”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...