Jurugambar Yusuf Hashim Kongsi Pengalaman Jelajah Antartika, Jumpa Kawasan Baru Dinamakan ‘Aishahland’

Trending

Jurugambar Yusuf Hashim Kongsi Pengalaman Jelajah Antartika, Jumpa Kawasan Baru Dinamakan ‘Aishahland’

Yusuf Hashim merupakan seorang jurugambar berasal dari Malaysia yang telah menjelajah dunia untuk merakam keajaiban alam yang jarang diterokai oleh manusia lain.

yusuf

Advertisement

Gambar-gambar yang dihasilkan melalui penjelajahannya itu begitu mengagumkan. Beliau tidak lokek berkongsi pengalaman dan gambar-gambar menarik di media sosial.

Baru-baru ini, beliau berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki di benua Antartika setelah beberapa hari pulang dari sana.

yusuf

Menurut Yusuf, sejak awal tahun 2019 mereka telah melakukan ekspedisi belayar melintasi Laluan Drake yang terkenal dan salah satu laut yang paling ganas di dunia.

Mereka melintasi bulatan Antartika dan berlabuh di satu tempat yang manusia tidak pernah jejaki. Kehadiran mereka ‘disambut’ dengan pemandangan yang begitu menakjubkan.

yusuf

Selain gunung-ganang yang indah serta glasier, mereka ditemani berpuluh-puluh ribu penguin pelbagai spesis, ikan paus, anjing laut, burung laut dan hidupan liar yang lain.

Ekspedisinya itu turut ditemani oleh dua anaknya iaitu Annuar dan Farah. Sebaik sahaja sampai, mereka mengibarkan bendera Malaysia di pantai di mana mereka berlabuh.

yusuf

“Kami membawa bendera Malaysia dan pendaratan pertama kami di benua Antartika di seberang Antartika, kami mengibarkan bendera Malaysia, dan mendakwa bahawa pantai yang berbatu di mana kami berdiri adalah untuk Malaysia.

“Kami diberitahu oleh kapten kapal bahawa tidak ada orang yang pernah jejakkan kaki di Antartika di mana kami berdiri ketika itu. Justeru seperti mana adat tradisi penjelajah kuno dulu yang akan memberi nama pada tempat yang baru dijumpai, maka kamipun pacak bendera Malaysia dan namakan tempat itu sebagai Aishahland iaitu sempena nama ibu kepada anak-anak saya,” ujarnya.

yusuf

Mereka kemudiannya mengambil gambar sebagai bukti tempat itu milik mereka. Sambil disaksikan oleh beberapa orang, Yusuf meletakkan syiling 20 sen Malaysia di bawah batu di tempat tersebut.

Sumber Berita: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...