Seorang jurugambar mendakwa telah mendekati penyanyi Ismail Izzani yang popular dengan lagu ‘luar biasa’ untuk mengambil gambarnya, namun tidak diendahkan. Kejadian itu berlaku di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW) yang baru berlangsung.Dia seterusnya menceritakan mengenai kejadian itu di Twitter.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jurugambar itu, Akram Ibrahim, turut mengambil gambar selebtiti lain namun tidak mengalami masalah, malah Elfira Loy turut menunjukkan penghargaan kepada Akram di akaun Instagramnya. Elfira berterima kasih kepada jurugambar yang dianggap membantu pendedahan selebriti semasa minggu fesyen tersebut dan meningkatkan populariti mereka.
Pendedahan Akram itu mendapat sokongan beberapa pengguna Twitter yang mendakwa Ismail Izzani sememangnya berperangai sedemikian.
Aah tho! Si capang tu mmng mcm tu pon! Dtg dekat u ktrg dengan budak naim daniel tu after show lek je si naim tu sudi tgkp gmbr sana sini tapi si capang tu? Duduk jauh sana main phone tak layan langsung peminat dia
— 21 (@Fiqah_Aminuddin) August 14, 2018
Haa sama la mcm ni jugak. Buat2 main phone buat tk dgr pstu blah.
— Arfhi (@arfhikl) August 14, 2018
Beberapa pengguna Twitter lain mendakwa mungkin Ismail tidak mendengar pelawaan tersebut dan mengatakan Ismail seorang yang peramah.
Maybe dia tak dengar kot sebab mail ni peramah lahhh jarang ah dia sombong
— ? (@ainshafika___) August 12, 2018
Bagaimanapun, dia dikatakan peminat Ismail yang sudah tentu akan mempertahankan pemuda itu.
Ada yang mengatakan, mungkin Ismail hanya melayan perempuan sahaja.
Peramah dengan perempun je kot hahahahhahaha entahlah tak minat dia siaaa
— flowerose (@itslynamrn) August 13, 2018
Akram juga memberitahu, dia mendapat pas jurugambar untuk mengambil foto semasa KLFW, jika tidak, dia memang tidak mahu mengambil gambar Ismail.
Tweet Akram kini menjadi viral di Twitter dan mendapat lebih lima ribu retweets. – beautifulnara.com