Jurugambar Tempelak Sifat Angkuh Dan Sombong Hingga Pemilik Iphone 8 Ini Terkedu

Trending

Jurugambar Tempelak Sifat Angkuh Dan Sombong Hingga Pemilik Iphone 8 Ini Terkedu

Umum mengetahui sekarang demam Iphone 8 dan Iphone X masih melanda masyarakat kita biarpun kadang-kadang tempias kisah fazura dan fattah amin hinggap sekejap. Malah semua mengetahui harga sebuah Iphone 8 yang bermula dari RM 3,600 hingga RM 4,800.

Advertisement

Ramai yang terlalu taksub dengan Iphone 8 ni sehingga ada yang sanggup menggadai barangan berharga semata-mata demi sebuah Iphone.

Malah tidak kurang juga ada yang berlagak sombong apabila berjaya memiliki sebuah iphone ini. Dan kisah ini benar-benar terjadi pada seorang jurugambar ini.

Ini kisah sebenar jurugambar tersebut:

Abg rasa semua photographer merasai apa yg Abg rasa. Apabila kita ambil gambar family, kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain.

Kita akan menghadapi dilema yg mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung. Iaitu kamera HP yg mana para photographer menjadi sasaran untuk buat kerja yang tidak ada dalam kontrak.

Hari ini kesabaran Abg teruji apabila ada seorang yg meminta Abg ambil gambar dia bersama pengantin.

Dia kata Iphone 8 dia ni mahal. Baru beli katanya. Pegang baik-baik yer!!

Lalu secara spontan Abg jawab:

“maaf dek Abg tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang Abg pegang seerat-eratnya kamera ini satu set ini harganya RM31,500. Abg tak boleh pegang sebelah tangan. Takut-takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambik gambar kau.”

Lalu terkedu dia.

Kalau nak suruh orang shoot dgn HP berbudi bahasalah . Tak payah cerita kamera kau Iphone 8 mahal ni pegang baik-baik yer. Kadang-kadang kita kene ajar juga orang yang sebegini.

Jadi harapan Abg pada semua Photographer sama-samalah kita hadapinya dengan bijaksana.

Tidak salah sebenarnya nak pakai barangan mahal atau apa sahaja asalkan ianya duit kita.

Tetapi apabila kita meminta sesuatu pertolongan dari orang lain, mintalah dengan berhemah dan penuh berbudi bahasa.

Ingat, harta dan wang ringgit yang kita punya pada hari ini bukan selamanya akan jadi milik kita. Mungkin hari ni kita di atas, esok kita di bawah.

Selamat bermuhasabah!

Sumber: Abd Jalil Jalil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...