Baru-baru ini, seorang jurugambar telah meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dilayan dengan baik oleh pelanggan bagi sebuah majlis pernikahan.
Menerusi satu hantaran di Threads, dia mengakui terkejut apabila tidak dijemput untuk menikmati jamuan makan pada majlis berkenaan.
Lebih menyedihkan, dia tidak sempat menjamah walau secebis makanan pada pagi itu demi memastikan setiap momen pengantin dapat diabadikan sebagai kenangan.
Sampai hati pengantin tak bagi saya makan waktu majlis nikah dia, dahlah saya bangun sebelum subuh semata-mata nak kejar shoot nikah dia pukul 8.30 pagi.
Difahamkan, lokasi majlis itu membuatkan dia perlu awal dari rumahnya supaya tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Keadaan itu menyebabkan dia tidak sempat untuk membeli makanan ringan sebagai alas perut sebelum ke majlis berkenaan.
Katanya lagi, dia tidak menyangka jurugambar tidak akan dijemput makan kerana kebiasannnya dia akan dipelawa untuk menikmati jamuan seperti tetamu lain.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata mereka mengecam tindakan pengantin itu yang tidak membenarkan jurugambar tersebut menikmati juadah yang disediakan di majlis berkenaan.
Namun, ada juga yang menasihati jurugambar tersebut supaya lebih bijak menguruskan masa dan sentiasa bersedia dengan makanan ringan sebagai alas perut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.