Jurugambar Kongsi Gambar Perkahwinan Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina

Trending

Jurugambar Kongsi Gambar Perkahwinan Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina

Seorang jurugambar Rusia iaitu Maxim Koliberdin telah pun berkongsi 10 keping gambar perkahwinan bekas Yang Dipertuan Agong iaitu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina. Sultan Muhammad V kelihatan tampak dan bergaya dengan sepasang baju Melayu lengkap berwarna biru manakala isteri Baginda cukup memukau dengan persalinan gaun pengantin serba putih. Memang sama cantik dan sama padan.

gambar kahwin sultan kelantan

Advertisement

Menurut Maxim, dia ialah jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan diraja ini dan bidikan gambar-gambar ininya telah memenangi anugerah “Event of The Year”. Untuk makluman, dikhabarkan bahawa Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.

gambar kahwin sultan kelantan

gambar kahwin sultan kelantan

Pada 29 November lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V. Dalam pada itu, pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sekali gus menjadi sultan pertama yang berbuat demikian ketika memegang jawatan tertinggi negara itu.

gambar kahwin sultan kelantan

gambar kahwin sultan kelantan

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana dan ia masih menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.

gambar kahwin sultan kelantan

gambar kahwin sultan kelantan

gambar kahwin sultan kelantan

gambar kahwin sultan kelantan
gambar kahwin sultan kelantan

gambar kahwin sultan kelantan

Sedikit sebanyak pastinya rakyat Malaysia terutama rakyat Kelantan bergembira dengan perkongsian gambar ini kerana dapat melihat Sultan mereka di hari bahagia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...