Biasanya kalau travel solo antara benda yang selalu buat kita pening adalah gambar. Macam mana nak tangkap gambar kalau tak ada geng yang boleh ambilkan? Kalau nak bagi kamera dekat stranger, silap-silap boleh lesap kena curi kamera tu!
Jangan risau dan bawa bertenang. Untuk mudahkan anda yang nak bercuti seorang diri tanpa pening kepala, kami kongsikan tips mudah untuk ambil gambar sendiri. Yang penting kamera tak hilang, anda pun tenang.
Perkongsian ini dikongsikan oleh seorang jurugambar iaitu @AshraffJunior di laman Twitter nya. Selain daripada tangkap gambar sendiri, tips untuk dapat gambar menarik pun ada. Jadi jom kita tengok tips ini.
Penggunaan tripod
1.Guna tripod
Carilah tripod yang tinggi dan ringan sebab korang boleh adjust angle dan kedudukan kamera mengikut kemahuan. pic.twitter.com/PvPMrcVtyF— ashraffjunior (@AshraffJunior) September 14, 2019
Yang penting kena pandai adjust kamera ikut gaya macam mana yang anda mahukan. Nak ikut gaya potret atau lanskap hanya ubahkan angle kamera.



Gunakan angle yang unik
Ambil gambar daripada angle yang anda tak biasa tengok. Kalau gunakan eye view, orang dah biasa tengok dan tak impressed sangat. Cuba guna low angle, paras pinggang atau high angle kalau tempat tu sesuai untuk letak tripod.



Letakkan kamera disebalik objek
Dalam terma fotografi, disebut sebagai ‘framing‘. Jadi contohnya kalau nak ambil gambar temple, boleh jadikan bunga-bunga sebagai frame. Nak tahu macam mana? Tengok gambar-gambar contoh ini.


Gunakan grid
4.Guna grid
Grid tu garisan melintang kat apps kamera korang. Kalaulah tak on, korang boleh hidupkan kat setting ni haa. Alang2 tu hidupkan la auto HDR so kalau tempat gelap sangat, phone korang boleh bagi gambar korang lebih jelas. Letak subjek kat pangkah tu. pic.twitter.com/tqe9rTywTC— ashraffjunior (@AshraffJunior) September 14, 2019
Boleh gunakan aplikasi percuma
5.Guna app lightroom (free) dan snapseed (free)
Aku suka sangat app lightroom ni sebab interface simple dan semua yang aku nak dah ada kat sini. Tengok dah beratus gambar aku edit kat sini je.Nak buat tutorial panjang sangat. So aku nak tunjuk aku suka bahagian ni pic.twitter.com/pqcRBFUJ2g— ashraffjunior (@AshraffJunior) September 14, 2019
Adjust penggunaan warna
6. Color jangan over
Cara kau color gambar ibarat korang mekap muka korang. Taknak terlalu kontra dan taknak terlalu pekat warnanya. kau adjust sikit je color dan kalau nak letak filter, pastikan tak melampau kesan dia pada gambar. Contoh kalua aku nak pekatkan warna kat gambar pic.twitter.com/hRB5Aq9eRm— ashraffjunior (@AshraffJunior) September 14, 2019
Exposure dan lighting
7.Jaga exposure dan lighting
Masa nak ambil gambar tu tekan kat skrin biar betul-betul focus kat subjek. Lighting pun biar based on subjek. Baru tak gelap sangat or over cerah sangat. pic.twitter.com/1nfmD1YS4k— ashraffjunior (@AshraffJunior) September 14, 2019
Senang kan semua tips yang dikongsikan ni? Jadi lepas ini kalau bercuti secara solo tak perlu risau lagi nak dapatkan gambar-gambar yang cantik. Selamat mencuba!
Sumber: Twitter