Junior Eldstal Bantu Pemain Muda Sabah Beli Kelengkapan Persiapan Ke Barcelona

Trending

Junior Eldstal Bantu Pemain Muda Sabah Beli Kelengkapan Persiapan Ke Barcelona

Ahli sukan atau pemain bole sepak tidak pernah lari dari reputasi kurang baik. Namun sikap tidak semua ada pada mereka. Junior Eldstal salah seorang pemain bola sepak Malaysia dengan rela hati membantu seorang pemain muda berbakat dari Sabah dengan membeli kelengkapan untuk persiapan latihan di Bercelona.

Advertisement

Ini disahkan oleh bekas penyerang Sabah, Scott Ollerenshaw yang menceritakan bagaimana Junior Eldstal membantu seorang bakat muda di SMK Datu Peter Motunjin baru baru ini – Lapor semuanya bola.

Scott Ollerenshaw berkata: “Kisah baik untuk diberitahu. Safryan Zaki dari SMK Datu Peter Motunjin, Kota Kinabalu kehilangan peralatan bola sepak selepas sekolah beliau terlibat dengan bencana kebakaran.”

“Safryan adalah pemain berbakat besar, dan dijadualkan akan terbang ke Barcelona untuk mengikuti latihan pada Khamis. Tetapi Safryan tidak mempunyai peruntukkan untuk membeli kelengkapan lain.”


“Oleh itu, saya menghubungi Junior Eldstal pada Jumaat lalu untuk bertanya jika pihak penaja beliau boleh menghulurkan bantuan. Menyedari tidak ada masa untuk berbuat demikian, Junior pergi membeli belah sendiri (poket sendiri), dan membelikan Safryan sepasang kasut but baharu dan peralatan lain.”

“Ahli sukan adakalanya sering mendapat reputasi kurang baik. Sebenarnya mereka tidak seburuk itu,” ujar Scott mengakhiri kenyataan di twitter tersebut.


Safryan Zaki seorang pelajar Tingkatan 1 SMK Datuk Peter Mojuntin kehilangan semua kelengkapan sukan miliknya, termasuk sepasang kasut baharu bernilai RM700 selepas asrama sekolah tersebut terlibat dengan kebakaran pada Isnin minggu lalu.

Pada mulanya, anak muda ini agak bingung kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membeli kelengkapan baharu.

Safryan kemudiannya dihadiahkan sepasang kasut but yang baharu bernilai RM699 dan kelengkapan lain daripada seorang individu tidak dikenali di Selangor.

Safryan adalah pelajar kelahiran Tawau, Sabah. Pihak sekolah dan guru juga dilaporkan cuba membantu beliau untuk mendapatkan kelengkapan lain sebelum anak muda ini bertolak ke Sepanyol.

Safryan tiba di Kuala Lumpur pada hari ini, dan dijadualkan akan terbang ke Barcelona pada Khamis ini.

Dalam kejadian 7:30am pada Isnin lalu, kebakaran di SMK Datu Peter Motunjin menyebabkan keseluruhan blok asrama musnah.

Walaupun beberapa laporan daripada media tempatan tidak mendedahkan mengenai pemberi misteri tersebut semalam, muatnaik daripada Scott Ollerenshaw ini mungkin telah menjawab persoalan tersebut.

Tahniah Junior Eldstal, anda telah berikan contoh yang baik kepada ahli sukan yang lain. #KitaOK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...