Jumpa Ulat Dalam Rokok Seludup, Perokok Terkejut

Trending

Jumpa Ulat Dalam Rokok Seludup, Perokok Terkejut

rokok1.jpg.transformed_0

Seorang perokok di Pasir Gudang terkejut apabila mendapati rokok seludup yang dibeli berulat di bahagian puntung menyebabkan dia berasa loya dan muntah.
Kisah yang dimuat naik di media sosial dan menjadi viral sejak dua minggu lalu itu turut memuat naik gambar dan juga jenama rokok yang berkenaan.

Advertisement

Pelbagai pandangan dilontarkan terhadap perkara itu dan ramai netizen berpendapat itulah tahap kebersihan penghasilan rokok seludup.

Perokok yang memilih rokok seludup dengan anggapan harga murah sepatutnya berfikir dua kali kerana jenama seperti U2, John, Canyon dan Luffman mengandungi kadar nikotin dan tar lebih tinggi, sekali gus berisiko kepada kesihatan.

Dalam kejadian yang dijalankan oleh Warwickshire Trading Standards mendapati terdapat tembakau yang digunakan untuk penghasilan rokok seludup didapati dicampur dengan najis tikus.

Pensyarah Perubatan Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Dr. Faiz Daud berkata, bahan bakar tembakau yang terkandung di dalam kandungan rokok seludup biasanya lebih tinggi.

Harga rokok seludup memang murah, tetapi risiko lebih tinggi kerana kandungan seperti tar dan nikotin melebihi dari kadar ditetapkan.

“Namun, sebenarnya perokok membayar harga yang mahal sebab mempertaruhkan risiko penurunan tahap kesihatan, malah boleh mengancam nyawa.

“Rokok secara amnya memang bahaya. Tetapi bahaya timbul akibat menghisap rokok seludup yang boleh dibeli murah di pasaran lebih teruk,” katanya

12805786_909898819123584_7589675256240806679_n

12809791_909898799123586_8741227922871850681_n

12832405_909898805790252_8327647909123816972_n

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...