Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.
Difahamkan, pasangan selebriti itu telah hadir untuk mengetahui keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai yang dibuat pada 21 Mac lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Syamsul dilihat memakai baju-T dan blazer berwarna biru gelap sambil diiringi peguamnya, Azmi Mohd Rais.
Jumpa sekejap lagi.
Manakala, Puteri Sarah dilihat memakai baju serba putih sambil ditemani adiknya. Puteri Sofea Nadira.
Doakan yang baik-baik. Semoga semuanya selesai. Kami boleh mengikut haluan masing-masing.
Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah kerana mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.
Bukan itu sahaja, pengarah filem Mat Kilau itu turut mendakwa isterinya telah meninggalkan rumah sejak Oktober 2020 selain memfitnahnya memukul dan tidak memberi nafkah anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.