Jumpa Pun Solusi Masalah Kulit Berminyak! Lepas Pakai Ni Memang Confirm ‘Glowing’

Branded

Jumpa Pun Solusi Masalah Kulit Berminyak! Lepas Pakai Ni Memang Confirm ‘Glowing’

Siapa dekat sini yang mengalami masalah kulit kering, mesti anda akan cari losen-losen yang mengandungi Hyaluronic Acid betul tak? 

Haa, sebenarnya tak cukup tau kalau anda nak kulit kekal lembap berpanjangan sebab ada beberapa bahan lagi yang anda kena survey semasa cari losen. 

Tapi jangan risau, kami dah jumpa solusi terbaik untuk anda yang mencari losen pelembap terbaik. Kalau anda nak tahu, jom kami kongsi review jujur kami tentang Hada Labo Hydrating Lotion

1. Dihasilkan Dengan Bahan Pakar Penghidratan Serta Sebagai Penghalang Kulit

Hada Labo Hydrating Lotion untuk semua jenis kulitApa yang membuatkan kami jatuh cinta pada penggunaan pertama Hada Labo Hydrating Lotion ni adalah ia dapat buatkan kulit kami jadi lebih lembut dan kekal terhidrat sehingga lebih kurang 8 jam walaupun dalam keadaan cuaca yang kering. Bestkan?

Kalau anda nak tahu, losen ini telah diperbuat daripada kombinasi 5 penghidaratan pakar seperti Hyaluronic Acid (HA), termasuk HA Besar, Sederhana dan Super HA, Nano HA, dan Fermented HA. Memang patutlah kulit sentiasa lembap!

Namun, Hada Labo Hydrating Lotion ni berbeza daripada losen lain di pasaran sebab ia mengandungi teknologi unik yang dapat memastikan Hyaluronic Acid (HA) dipecahkan menjadi molekul bersaiz sempurna, memudahkan penyerapan pada kulit. 

Dengan penambahan Hyaluronic Acid (HA) ni, memang tak dinafikan ia merupakan satu-satunya losen yang bagus dalam membantu membaiki dan menguatkan penghalang kulit, menjadikannya kurang terdedah kepada jerawat dan menggalakkan kulit yang lebih sihat.

2. Dapat Mengimbangi Minyak & Air Pada Kulit Muka

Hada Labo Hydrating Lotion untuk semua jenis kulit

Kenapa kami kata Hada Labo Hydrating Lotion ni adalah pilihan yang tepat dalam rutin penjagaan kulit adalah ia dapat membantu mengimbangi kandungan minyak dan air dalam kulit tau. 

Sebagai seorang yang mempunyai masalah kulit berminyak, tak dinafikan losen ini adalah pelaburan yang sangat baik sebab ia tak membuatkan kulit bertambah berminyak. Memang seronok sangat pakai!

3. Kulit Semakin ‘Glowing’

Hada Labo Hydrating Lotion untuk semua jenis kulit

Percaya ataupun tidak, lepas kami gunakan Hada Labo Hydrating Lotion ni, minyak pada wajah kami terasa berkurang dan paling best, ia membuatkan tekstur kulit lebih gebu. 

Mana taknya, dengan campuran unik Hyaluronic Acid (HA) ni, ia dapat memastikan kulit tampak lebih licin, sihat dan makin berseri. Dah boleh setanding artis-artis Korea dan Jepun okay!

4. Menjaga Kulit

Untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, kami faham sangat betapa susahnya nak cari produk sesuai untuk kulit. 

Sebab itulah kami galakkan anda untuk dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion sebab ia diperbuat dengan formula losen yang bebas daripada bahan berbahaya seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral, dan MIT. Confirm selamat untuk kulit okay?!

5. Persediaan Sebelum Solekan

Hada Labo Hydrating Lotion untuk semua jenis kulit

Untuk anda yang bersolek, kami memang sarankan anda untuk pakai Hada Labo Hydrating Lotion untuk prep muka anda terlebih dahulu, barulah solekan anda kekal on point!

Menariknya, kalau anda prep muka dengan losen ini, ia akan memastikan kulit anda menjadi licin, seterusnya membuatkan solekan anda kekal dan tahan lama tanpa rasa cakey. Bestkan?

Bukan Setakat Melembapkan, Kulit Terus Glowing Tau!

Hada Labo Hydrating Lotion untuk semua jenis kulit

Haa, banyakkan kelebihan yang ada pada Hada Labo Hydrating Lotion ni? Kami memang syorkan sangat anda untuk cuba dan rasai pengalaman mempunyai kulit yang glowing! 

Kalau anda berminat untuk cuba losen ini, anda boleh dapatkan di farmasi berdekatan atau secara atas talian. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Hada Labo, atau ikuti media sosial Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...