Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jumpa Pun Saya Akan Berikan Komen Yang Sama..” Michael Ang Tiada Masalah Nak Berjumpa Noraniza Idris

Semakin panas, isu kontroversi mengenai kritikan pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang terhadap cara persembahan Noraniza Idris pada malam separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-7 pada Ahad lalu kini telah menjadi perhatian netizen apabila pengarah tersebut bersetuju untuk berjumpa dengan penyanyi lagenda etnik kreatif itu.

Michael yang ditemui berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk bersemuka dengan Noraniza Idris namun menegaskan tetap akan memberi komen yang sama seperti apa yang ditulisnya di media sosial.

Advertisement

“Sejujurnya saya tiada masalah untuk berjumpa, kalau jumpa pun saya akan tetap beri komen yang sama. Kalau dia tanya adakah saya tidak menyukai beliau kerana komen baru-baru ini..saya akan jawab memang dia nyanyi tak sedap lagu hindustan tu.”

Menurut Michael, dia hanya menyatakan apa yang dirasakannya secara jujur dan tidak berniat untuk mencalarkan maruah sesiapa yang menjadi subjek kritikannya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Tambahnya lagi, ini bukan merupakan kali pertama dia membuat ulasan mengenai cara persembahan artis yang terlibat dalam program berkenaan. Malah, beberapa program hiburan lain turut menjadi bahan kritikannya seperti Big Stage, Akademi Fantasia dan banyak lagi.

Michael Ang turut mengakui bahawa dia pernah memuji persembahan Noraniza Idris namun berasa pelik kerana kritikan jujur mengenai persembahan lagu hindi kali ini menjadi suatu isu yang besar berbanding sebelumnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dalam pada itu Michael turut mengulas mengenai dakwaan sesetengah individu yang mengatakan bahawa dia memeluk Islam hanya semata-mata ingin mengejar populariti.

“Tak baik cakap begitu, saya dah peluk Islam lama sebelum rakyat Malaysia tahu. Kalau saya nak kejar populariti waktu saya ucap syahadah dulu tu saya dah buat video dan buat sidang media. Biar satu dunia tahu saya masuk Islam.”

Meskipun begitu, Michael Ang berkata dia telah pun memaafkan mereka di luar sana yang berkata sedemikian kepada dirinya dan bertegas bahawa sesiapa yang menyertai program realiti seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental, terutamanya dalam berdepan dengan komen dan kritikan daripada penonton dan netizen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 9, 2020 at 4:01 pm

    masalahnya komen kau sangatlah biadap…kalau kau nobody its ok mike ,but u r somebody! aku rasa semua setuju dgn kau kak ani nyanyi tak sedap tapi lapik la sikit komen u tuu jgn lah kau nak bitchy dgn kak ani tu dia org lama kan,must hav some respect also beb,I’m very sure shes ok kalau komen u berlapik,lagi satu klau nak jumpa why must u said that bitchy words again an apology would be best beb

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top