Jumpa Pasir Dalam Rumah Berulang Kali, Penyanyi Ezlynn Ariffin Musykil Penemuan Objek Misteri

Hiburan

Jumpa Pasir Dalam Rumah Berulang Kali, Penyanyi Ezlynn Ariffin Musykil Penemuan Objek Misteri

Penyanyi Ezlynn Ariffin,39, baru-baru ini ada memuat naik entri berkenaan penemuan objek misteri berupa pasir di dalam rumahnya. Yang menjadi misteri apabila sumber pasir itu tidak diketahui dari mana datangnya dan bagaimana ianya boleh berada di situ.

Penyanyi lagu Jikalau Aku yang menetap di Damansara Perdana ini berkata lagi, ini merupakan kali kedua dia menemui objek berkenaan dalam stor rumahnya. Dalam pada masa yang sama, Ezlynn turut mencari punca termasuklah kemungkinan ada bahagian rumahnya yang rosak namun menemui jalan buntu.

Advertisement

Dia yang pada ketika itu sedang menyusun kasut-kasut di stor rumahnya terkejut kerana menemui objek itu buat kedua kalinya. Jika sebelum ini, objek tersebut pernah ditemui di tempat yang sama kira-kira dua tahun yang lalu.

“Sebenarnya saya pernah jumpa sekali benda itu lebih dua tahun lalu dan sudah bersihkan sepenuhnya. Tiba-tiba ianya timbul balik membuatkan saya buntu dan musykil apa benda sebenarnya. Saya kemudian periksa bahagian rumah termasuklah siling, barangkali ada anai-anai tapi tak jumpa. Padahal saya tinggal sendiri di rumah, tak tahula pula siapa letak pasir itu di sana,”

Namun begitu, Ezlynn berkata dia enggan memikirkan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu dan masih belum sampai ke tahap meminta bantuan pakar mistik bagi menyelesaikan perkara misteri berkenaan.

Dia turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai objek berkenaan untuk tampil menghubunginya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...