Jumpa Ketika Dewi Remaja, Syatilla Melvin Kongsi Momen Awal Berkenalan Dengan Shaheizy Sam – “Mula Bercinta Umur 19 Tahun”

Hiburan

Jumpa Ketika Dewi Remaja, Syatilla Melvin Kongsi Momen Awal Berkenalan Dengan Shaheizy Sam – “Mula Bercinta Umur 19 Tahun”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin, baru-baru ini, telah berkongsikan detik permulaan perkenalannya bersama suami iaitu pelakon hebat, Shaheizy Sam setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Syatilla kongsi detik awal berkenalan dengan Sam

Dapat dilihat menerusi klip potongan live yang dibuat di platform TikTok, Syatilla atau nama sebenar, Siti Nur Syatilla berkata pertemuan pertama mereka semasa dia memasuki program Dewi Remaja 2009/2010.

Advertisement

Saya dengan Sam mula bercinta sejak umur 19 tahun. Kebetulan pada ketika itu Sam turut hadir bagi mempromosikan filem Adnan Sempit. Sam tidak kenal saya pun pada masa itu. Masa jumpa, saya pun tegur Sam dan berborak dengan dia.

@samtilla6 Kongsi Kisah Perkenalan Dengan Sam 14 Tahun Dulu #shaheizysam #syatillamelvin #fyp #fypage #foryoupage❤️❤️ ♬ original sound – ★SamTilla★

“Ketika itu dah ada teman lelaki tapi kami..”

Kongsinya lagi, tidak lama selepas pertemuan mereka di program Dewi Remaja itu, aktres terbabit telah menghubungi Sam menerusi platform Facebook dan selepas itu firasatnya mengatakan hubungan itu akan berkekalan.

Firasat saya mengatakan hubungan ini akan terjadi. Pada ketika itu, saya mempunyai teman lelaki tetapi kami bergaduh dan memilih untuk berpisah. Kemudian, saya hubungi Sam dan kami buat keputusan untuk berjumpa.

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016, di mana hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Syatilla Melvin
2023-01-27 14:00:58

"Akhir Zaman, Solat Pun Dimainkan" - 'Terjah' Shaheizy Sam Lepas Solat, Syatilla Melvin Dikritik Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...