Jumpa Idola Anda Secara Percuma! Peluang Keemasan Khas Daripada Promosi Vietjet

Trending

Jumpa Idola Anda Secara Percuma! Peluang Keemasan Khas Daripada Promosi Vietjet

Peminat-peminat tegar Michael Learns to Rock (MLTR) dan kumpulan ikonik wanita Korea Wonder Girls (WG) kini berpeluang untuk bejumpa idola mereka secara percuma di konsert muzik terbesar yang dinanti-nantikan di rantau ini – SKY CONNECTION – bersempena ulang tahun ke-5 Vietjet.

Advertisement

Para pelanggan 50 pertama yang menempah tiket penerbangan mereka dari 28 November hingga 11 Disember 2016 akan berpeluang memenangi dua tiket konsert semasa tempoh promosi 14 hari. Pembayaran hendaklah dibuat segera menerusi VISA, MASTERCARD, JCB, AMEX, KCP dan Smartlink.

Sebagai sebahagian daripada acara istimewa ini, Vietjet juga menawarkan jutaan tiket promosi berharga daripada hanya AS$0 di www.vietjetair.com di bawah kempen “12pm, It’s time to Vietjet” yang sedang berjalan dari 1200 hingga 1400 (waktu Vietnam) setiap hari sejak 22 November 2016.

Dijadualkan berlangsung di Stadium Quan Khu 7 di Ho Chi Minh City pada 21 Disember 2016, konsert ini akan menyaksikan pertembungan idola-idola muzik pelbagai generasi di atas pentas dunia yang sama yang pertama di Vietnam memaparkan gaya persembahan unik, mengagum dan menginspirasikan daripada kedua-dua band peneraju dunia ini.

Turut serta dalam barisan persembahan bersama ialah penyanyi terkemuka Vietnam, Thu Minh “Sexy Queen” dan Son Tung M-TP dari “Vietnam Idol”. Model terkenal Vietnam Thanh Hang, Supermodel Lan Khue dan Ratu Universe Vietnam Pham Huong juga bakal membuat penampilan, menjanjikan satu acara yang benar-benar `meletup’!.

Tiket-tiket konsert kini boleh diperoleh secara eksklusif dengan menempah menerusi skyconnection.vietjetair.com dan berharga antara VND 100,000 (AS$4) hingga VND2,000,000 (AS$90). Tiket-tiket adalah dikategorikan sebagai  SkyBoss (VND 2,000,000), Delux (VND 1,000,000), Eco A (VND 400,000), Eco B dan C (VND 300,000) dan Eco D (VND100,000). Semua tiket dijual berdasarkan siapa dulu dia dapat.

MLTR telah memenangi hati ramai menerusi penjualan 9 juta album di seluruh dunia. Lagu-lagut hits mereka iaitu Sleeping Child, 25 Minutes, Take Me To Your Heart, Out Of The Blue, That’s Why You Go Away, dsb, telah membawa kemahsyuran kepada band dan pengiktirafan dalam industri muzik dunia.

Sementara itu, Wonder Girls dikenali dengan gaya Retro Pop, menjadikan mereka band muzik Korea paling popular di Asia dan dunia. Lagu hits mereka termasuk Nobody, Tell Me, So Hot, dsb telah membantu band itu mencapai kedudukan pertama kali di Billboard Hot 100. Gaya Retro band yang menggabungkan inspirasi abad ke-20 telah menjadikan Wonder Grils satu daripada band paling dikenali di dalam genre muzik ini dan antara yang segelintir kekal dengan gaya mereka walaupun pasaran muzik berubah.

Berikutan pencapaian hebat kedua-dua band tersebut, penampilan mereka pada konsert Sky Connection adalah peluang sekali seumur hidup yang amat bernilai bagi para peminat dan pencinta muzik untuk menikmati festival muzik bertaraf dunia yang memaparkan lagu-lagu yang menghubungkan masa lalu dengan sekarang, di tengah-tengah nadi Vietnam. Acara ini juga akan menampilkan penghibur-penghibur terkenal Vietnam dan disokong oleh rakan medianya, IMC Corporation.

Mengenai Vietjet:

Vietjet adalah syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang beroperasi sebagai entiti penerbangan moden dengan perkhidmatan tambang murah dan dipelbagaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Ia menyediakan bukan sahaja perkhidmatan pengangkutan tetapi juga menggunakan teknologi e-dagang terkini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kepada pengguna.

Syarikat baru-baru ini meraih Persijilan IOSA daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) selepas baru tiga tahun beroperasi. Vietjet juga diisytiharkan “Pengangkut Tambang Murah Asia Terbaik” pada majlis Anugerah TTG Travel 2015, yang mengumpul undi daripada pengembara, agensi perjalanan dan pengendali pelancongan di Asia. Syarikat ini juga menerima penarafan sebagai tiga jenama penerbangan paling pesat pertumbahan di Facebook di dunia oleh Socialbakers dan syarikat penerbangan paling digemari di Vietnam pada 2015.

Pada masa ini, syarikat penerbangan ini memiliki 40 pesawat, termasuk A320 dan A321, dan mengendalikan 350 penerbangan setiap hari. Ia telah membuka 53 laluan di Vietnam dan ke seluruh destinasi antarabangsa seperti Thailand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China dan Myanmar. Ia telah membawa kira-kira 25 juta penumpang sehingga kini.

Memandang ke hadapan, syarikat merancang untuk meluaskan lagi rangkaiannya ke seluruh rantau ini. Sebagai persiapan, Vietjet telah memeterai perjanjian dengan pembuat pesawat utama di dunia bagi pembelian lebih banyak lagi pesawat serba baharu dan moden.

Nyatakan kesukaan anda dengan menekan butang `Like’ Vietjet di Facebook, https://www.facebook.com/Vietjetvietnam, ikuti kami di Twitter, @Vietjetvietnam, dan tonton video kami di https://www.youtube.com/user/Vietjetvietnam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...