Ezuwan Ismail sememangnya salah seorang pereka fesyen yang cukup terkenal di kalangan selebriti Malaysia. Ezuwan juga sering mencipta baju pengantin untuk para selebriti wanita di hari perkahwinan mereka. Jadi apabila pereka fesyen ini berkongsi gambarnya bertemu dengan Ana Dahlia dan seorang jejaka, terus Abang Nara tertanya-tanya adakah Ana Dahlia sedang bersiap sedia untuk berkahwin buat kali ketiga.
Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah jejaka di sebelah Ana Dahlia. Sekali pandang, wajahnya memang menyerupai bekas suami Ana Dahlia iaitu Chef Riz. Malah badannya yang berketul-ketul pun lebih kurang serupa juga. Kalau tak silap, nama jejaka ini ialah Muhammad Ubaidah.
Lengan si Ubaidah ini kalau lempang Abang Nara mahu tercampak 3,4 kilometer. Tough sangat-sangat. Apa pun, Ana dan Ubaidah memang nampak sama cantik sama padan. Kalau betul-betul sedang buat persiapan untuk berkahwin, Abang Nara doakan semuanya berjalan lancar. Tak dilupakan ucapan tahniah buat anda berdua. Semoga perkahwinan kali ini adalah yang terakhir buat Ana. Tahniah!!!