Jumpa Doktor Setiap Minggu, Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa

Hiburan

Jumpa Doktor Setiap Minggu, Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa

Pelakon dan juga personaliti TV, Janna Nick memberitahu bahawa dia kini masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa berikutan masalah gangguan bipolar yang dialaminya ketika ini.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,26, yang dihubungi media mendedahkan bahawa dia akan berjumpa pakar psikiatri pada setiap minggu untuk mendapatkan rawatan susulan berhubung dengan masalah tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Pelakon drama Marry Me Senorita ini juga berkata bahawa dia ada mengambil ubat-ubatan khas meskipun mengalami kesukaran kerana kesan sampingan daripada pengambilan tersebut ketika kerja yang boleh menyebabkan dirinya mengantuk dan berasa tenang.

“Saya masih menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa dan akan berjumpa dengan doktor pada setiap minggu. Alhamdullilah, keadaan saya baik kerana sekarang berada di bawah pengambilan ubat-ubatan..”

Dia dalam pada itu turut menzahirkan harapan agar kembali pulih seperti biasa dan tidak perlu bergantung pada ubat dan sebagainya.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Jelas Janna lagi, gangguan bipolar yang dialami seseorang adalah disebabkan ketidakseimbangan kimia dalam otak manusia.

“Selepas mengambil ubat baru saya tahu bagaimana manusia normal berfikir. Sebab selama ini saya ingatkan bahawa saya sama seperti individu normal lain. Tapi ternyata, apabila melibatkan kesihatan mentak, kita sebenarnya tidak nampak. Maka kita kena faham masalah ini disebabkan ketidak seimbangan kimia dalam otak..”

Terdahulu, Janna telah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah mental dan juga pernah melakukan cubaan bunuh diri ketika usianya 14 dan 15 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...