“Jumpa Athira Bukan Main Ceria” – Netizen Kritik Riak Wajah Hafidz Roshdi ‘Bodoh-Bodoh’ Bila Datang Mahkamah

Hiburan

“Jumpa Athira Bukan Main Ceria” – Netizen Kritik Riak Wajah Hafidz Roshdi ‘Bodoh-Bodoh’ Bila Datang Mahkamah

Pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini menjadi tumpuan dan kritikan warga maya apabila dia dilihat hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi sebutan kes berkaitan dakwaan memukul bekas isteri, Nurul Shuhada pada hari Rabu lalu.

Kata netizen, Hafidz yang hadir bersut kelabu muda lengkap bertali leher itu kelihatan polos dan mendakwa ia adalah kelakuan sekadar lakonan semata-mata.

Advertisement

Ramai yang mempertikaikan perlakuan pelakon itu yang kelihatan ‘bodoh’ dan ‘blur’ seperti mendalami watak dalam lakonan.

Datang mahkamah je auto bodoh, pandai berlakon.

Setiap kali datang untuk sebutan kes pukul ex wife, mesti jadi macam tak betul.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang mendakwa melihat Hafidz Roshdi kelihatan ceria bersama kekasih, Athira Yuhada.

Komen TIkTokSumber : TikTok  
komen TiktokSumber : TikTok  

Ya Allah, dia memang pandai berlakon ye aritu baru je jumpe dia dengan awek dia tu elok kemain ceria tak ada pulak muka selenge camni.

Terdahulu, mahkamah telah menetapkan sebutan kes pukul bekas isteri itu diadakan semula pada 6 dan 7 Februari tahun hadapan.

Hafidz sebelum ini didakwa di atas pertuduhan menumbuk pipi bahagian kiri Shuhada hingga cedera sebanyak tiga kali ketika berbincang di dalam kereta di lokasi susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Angeline tan
1 year ago

Muat Naik Foto Berhijab & Bergambar Dengan Mural Nik Aziz Di IG, Angeline Tan Dah Peluk Islam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...