May 11th, 2016

Vokalis kumpulan Wings, Awie menyifatkan jumlah tuntutan nafkah yang dikemukan oleh bekas isterinya, Rozana Misbun adalah melampau dan tidak munasabah untuk dua orang anak mereka. Awie memberitahu perkara tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan semalam kerana tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.

Awie percaya jumlah yang dituntut bukanlah untuk menyara anak-anaknya tetapi adalah untu kegunaan peribadi Rozana.

Anak-anak saya masih kecil dan saya sebagai ayah yang pernah menjaga mereka tahu perbelanjaan sepatutnya untuk mereka. Jumlah yang dituntut Rozana tidak munasabah sama sekali. Saya percaya amaun tersebut bukan untuk anak-anak saya.

Namun, Awie tidak pula menyatakan sebarang jumlah yang munasabah ketika ditanya peguam Syarie yang mewakili beliau iaitu, Mohd. Syafiq Norizan.

Sebelum ini, Rozana menuntut nafkah kekal untuk kedua-dua anak mereka berjumlah RM5,300 sebulan daripada Awie yang merangkumi perbelanjaan makanan, minuman dan keperluan diri (RM3,000), kos tempat tinggal (RM1,500) serta kos pembantu rumah RM800.

Sumber Berita : Kosmo Online


Comments are closed.

Loading...