Baru-baru ini, melalui Instagram usahawan dessert sensasi iaitu Kieda Crepe, dia berkongsikan bahawa dirinya tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah korban untuk raya Aidiladha tahun ini.
Bersyukur dapat tumbangkan 2 lembu & 2 kerbau
Dapat dilihat melalui perkongsian usahawan tersebut, dia memaklumkan ‘menumbangkan’ sebanyak dua ekor lembu, seekor kerbau sapi dan seorang kerbau balaq.
Tak pernah terfikir sejuah ini Allah memberi rezeki dan nanti daging-daging ini kira edarkan kepada masyarkat yang kurang berkemampuan.
View this post on Instagram
Kos ibadah korban cecah RM43k
Dalam pada masa yang sama, Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda turut mendedahkan jumlah keempat ekor yang ditumbang itu mencecah lebih RM40,000.
Jumlah RM43,000 untuk korban tahun ini, syukur alhamdulillah. Aku yang dulunya dari anak orang susah yang mana mama dan abah dipandang rendah, kini sudah melangkah demi naikkan martabat keluarga.
Tambahannya lagi, dia turut berharap pada tahun hadapan dirinya dapat meletak bajet sebanyak RM100,000 demi melakukan ibadah korban dan daging-daging yang diagihkan dapat memberi manfaat kepada ramai pihak.