Jumlah Pengunjung Terlalu Ramai, Bukit Broga Akan Ditutup Bermula 27 Jun Ini

Trending

Jumlah Pengunjung Terlalu Ramai, Bukit Broga Akan Ditutup Bermula 27 Jun Ini

Selepas menerima jumlah pengunjung yang terlalu ramai pada hujung minggu lalu, Bukit Broga akan ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti pendakian susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Sebelum ini, gambar sesak di bukit itu viral dikongsikan di media sosial.

Baca: Bukit Broga Sesak Dengan Pendaki, Majlis Perbandaran Tak Sangka Ramai Yang Hadir

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat Yusri Zakariah berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Selangor semalam telah bersetuju untuk menutup kawasan rekreasi berkenaan bermula 27 Jun ini.

“Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.”

bukit broga

Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan. Pada hujung minggu lalu menyaksikan orang ramai kembali ke tempat rekreasi itu selepas aktiviti riadah dan sukan kembali dibenarkan.

Keadaan sesak timbul kerana Bukit Broga yang berada di bawah seliaan MPKJ itu tidak menempatkan pegawai secara khusus di kawasan berkenaan memandangkan kawalan ke laluan masuk dilakukan pemilik tanah serta pengendali parkir.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...