Jumlah Pengunjung Berkurang, Pusat Beli Belah Dijangka Tutup Menjelang Akhir Tahun

Kehidupan

Jumlah Pengunjung Berkurang, Pusat Beli Belah Dijangka Tutup Menjelang Akhir Tahun

Berikutan negara berdepan dengan pandemik Covid-19, banyak sektor yang terpaksa berhenti beroperasi untuk sementara waktu termasuklah pusat beli belah.

Memetik laporan Berita Harian, akan lebih banyak pusat beli belah berisiko untuk menutup operasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini jika kemelut wabak Covid-19 masih tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan.

Advertisement

4 years ago

Maksimum 2 Jam Sahaja Untuk Berada Di Pusat Beli Belah & Premis Perniagaan

Menurut Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM), satu kaji selidik telah dibuat bersama Stratos Pinnacle SB menunjukkan hanya 10 hingga 20 peratus penyewa sahaja yang masih beroperasi di beberapa pusat beli belah.

“Penutupan dan kegagalan penyewa meneruskan operasi disebabkan penurunan jumlah pengunjung.”

Sejak Disember 2020, kira-kira 60 peratus pusat beli belah menyaksikan penutupan sehingga 10 peratus penyewa dan dijangka akan meningkat menjelang Disember 2021 iaitu sekitar 30 peratus.

Pusat beli belah kekurangan pengunjung

Lebih kurang 60 peratus pusat beli belah pada masa ini mengalami penurunan jumlah pengunjung iaitu antara 60 hingga 90 peratus.

pusat beli belah dijangka ditutup

Penurunan ini didapati konsisten di seluruh pusat beli belah kecil mahupun besar di seluruh negara.

Prestasi jualan di pusat beli belah turut susut

Tambahnya, prestasi jualan turut menyusut sebanyak 60 hingga 90 peratus yang merangkumi sektor perniagaan dibenarkan beroperasi ketika PKP dan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Angka penurunan ini disebabkan kuasa membeli rakyat semakin lemah.”- katanya

Jika jualan sektor perniagaan dibenarkan beroperasi turut mengalami penurunan jualan, makan sektor ini akan berdepan kejatuhan jualan lebih teruk sehingga sifar.

Ada yang berpendapat bahawa pada ketika ini sektor ekonomi lebih bertumpu kepada e-commerce.

Untuk mengatasi kemelut ini, PPKM menyarankan supaya pihak kerajaan menyusun semula strategi dan menerima hakikat negara sudah berada di era ‘endamik’ dan mengajarkan kepada rakyat supaya untuk hidup dengan pandemik secara selamat.

Keistimewaan kepada individu yang sudah lengkap menerima vaksin juga perlu dimaklumkan dengan kadar segera untuk membolehkan rakyat bebas untuk bergerak dan bekerja.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazaingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...