Jumlah Pelanggan Di Kafe Laura Naik Tiba-tiba Kerana Pakaian Seksi

Trending

Jumlah Pelanggan Di Kafe Laura Naik Tiba-tiba Kerana Pakaian Seksi

Selepas lapan tahun mengusahakan sebuah bar, Laura Maggi secara tiba-tiba mendapati ramai lelaki datang ke barnya.

Bukan kerana kualiti kopi atau minuman beralkohol yang dibuatnya, tetapi kerana hadir ke tempat kerjanya dengan pakaian yang mendedahkan.

Advertisement

Beratus pelanggan lelaki datang ke situ siang dan malam, meninggalkan kereta masing-masing diletak berkembar di jalan-jalan sekeliling.

Kepadatan secara tiba-tiba menjadi masalah menyebabkan Datuk Bandar di situ yang merupakan seorang wanita, meluluskan satu akta kecemasan untuk menghadkan trafik di kawasan tersebut.

Kini wanita-wanita di sebuah pekan kecil di utara Itali iaitu Bagnolo Mella telah mengisytiharkan Le Café sebagai kawasan terlarang untuk suami mereka, dan Cik Laura yang berusia 34 tahun telah menjadi selebriti antarabangsa.

Dia telah dipanggil untuk hadir ke rancangan bual pagi di televisyen Itali dan ditemuramah sebagai berkata, “saya tak tahu apa masalahnya, ia cuma sedikit keseronokan yang tidak memudaratkan. Kalau lelaki datang ke bar saya, apa yang boleh saya lakukan. Saya tahu wanita-wanita marah, tapi itu bukan masalah saya. Bukan salah saya kalau lelaki datang dan mahu minum di bar saya.”

Laura menambah ada pelanggan yang memandu sejauh 70 batu untuk datang minum kopi di kedainya.

Di dinding Le Café pula dipamerkan gambar-gambar Cik Laura memakai bikini semasa satu percutian.

Dia sekarang mempunyai  5,000 sahabat baru di Facebook manakala satu undian tempatan mendapati 46 peratus responden berpendapat mereka patut bertanya pada diri sendiri ‘mengapa pasangan mereka lebih sukakan Laura berbanding diri mereka’.

Beberapa orang isteri dari pekan kecil itu telah muncul di televisyen untuk membantah. Seorang dari mereka berkata, “ia mengarut dan tidak patut dibenarkan.”

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...