Jumlah ‘Likes’ Dan Tontonan Video Akan Disembunyikan Untuk Menghilangkan Rasa Beban Pengguna – Instagram

Trending

Jumlah ‘Likes’ Dan Tontonan Video Akan Disembunyikan Untuk Menghilangkan Rasa Beban Pengguna – Instagram

Instagram baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menjalankan satu percubaan yang mana mereka akan menyembunyikan jumlah ‘likes’ dan tontonan video. Percubaan ini dilakukan di beberapa negara seperti Australia, Brazil, Kanada, Ireland, Itali, Jepun dan New Zealand.

Advertisement

Percubaan yang dimulakan pada Khamis lalu akan menunjukkan nama pengguna (username) dan lain-lain (others) sahaja pada post yang di muat naik.

Maksudnya tiada lagi jumlah ‘likes’ akan dipaparkan tetapi pengguna Instagram masih boleh memeriksa jumlah ‘likes’ untuk post mereka sendiri.

Sebelum ini, kajian mengatakan platform media sosial boleh menyumbang kepada kurang keyakinan diri dalam kalangan orang muda. 

Mia Garlick, Pengarah Polisi untuk Facebook Australia dan New Zealand berkata Instagram sepatutnya menjadi tempat untuk pengguna mengekspresikan diri mereka tanpa rasa bimbang akan dikecam.

“Kami berharap percubaan ini akan membuang perasaan tertekan pengguna tentang jumlah ‘likes’ yang mereka akan terima, dengan itu pengguna dapat fokus untuk berkongsi tentang perkara yang mereka suka di Instagram.”

Walaupun percubaan ini belum dilakukan di Malaysia tetapi pastinya ramai rakyat Malaysia yang akan menyambut baik perubahan ini.

Sumber: Engadget

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...