Instagram baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menjalankan satu percubaan yang mana mereka akan menyembunyikan jumlah ‘likes’ dan tontonan video. Percubaan ini dilakukan di beberapa negara seperti Australia, Brazil, Kanada, Ireland, Itali, Jepun dan New Zealand.
We’re currently running a test that hides the total number of likes and video views for some people in the following countries:
? Australia
? Brazil
? Canada
? Ireland
? Italy
? Japan
? New Zealand pic.twitter.com/2OdzpIUBka— Instagram (@instagram) July 17, 2019


Maksudnya tiada lagi jumlah ‘likes’ akan dipaparkan tetapi pengguna Instagram masih boleh memeriksa jumlah ‘likes’ untuk post mereka sendiri.
Sebelum ini, kajian mengatakan platform media sosial boleh menyumbang kepada kurang keyakinan diri dalam kalangan orang muda.
Mia Garlick, Pengarah Polisi untuk Facebook Australia dan New Zealand berkata Instagram sepatutnya menjadi tempat untuk pengguna mengekspresikan diri mereka tanpa rasa bimbang akan dikecam.
“Kami berharap percubaan ini akan membuang perasaan tertekan pengguna tentang jumlah ‘likes’ yang mereka akan terima, dengan itu pengguna dapat fokus untuk berkongsi tentang perkara yang mereka suka di Instagram.”
Walaupun percubaan ini belum dilakukan di Malaysia tetapi pastinya ramai rakyat Malaysia yang akan menyambut baik perubahan ini.
Sumber: Engadget