Filem Hantu Kak Limah mencipta sejarah sekali lagi apabila telah berjaya mengutip kutipan RM 32.5 juta setelah 18 hari tayangan.
Ia kini ialah filem tempatan yang mencapai kutipan tertinggi dalam sejarah, malah jauh meninggalkan filem kutipan tertinggi sebelum ini iaiaitu Abang Long Fadil 2 yang mendapat kutipan sebanyak RM 18.5 juta.
HANTU KAK LIMAH CIPTA DIMENSI BARU RAIH RM32.5 JUTA!
Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan #HantuKakLimah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini. pic.twitter.com/DtEuEFrCSt
— Astro Shaw (@AstroShaw) August 27, 2018
Filem arahan Mamat Khalid ini ialah filem sekuel kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang pernah ditayangkan pada tahun 2010. Ini pula senarai 10 filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia sebelum Hantu Kak Limah (2018).
Apakah Hantu Kak Limah mampu melepasi angka kutipan 40 juta? Bersama kita doakan.
Hantu Kak Limah masih rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. – beautifulnara.com