Jumlah Kes Tertinggi Bagi Negara ASEAN, Singapura Lanjut Notis Duduk Rumah Hingga 1 Jun 2020

COVID-19

Jumlah Kes Tertinggi Bagi Negara ASEAN, Singapura Lanjut Notis Duduk Rumah Hingga 1 Jun 2020

Meskipun mempunyai bilangan kes positif COVID-19 yang sedikit semasa awal pandemik ini tetapi nampaknya jumlah kes kini kian meningkat dengan mendadak di Singapura.

Setakat ini, kes positif telah menghampiri angka 10,000 dengan 9,125 yang disahkan dijangkiti virus ini manakala 801 daripadanya sudah sembuh dan discaj. Namun malangnya, 11 mangsa dilaporkan gagal diselamatkan daripada serangan COVID-19.

Advertisement

Sejumlah besar daripada kes yang dilaporkan di negara tersebut melibatkan pemegang permit kerja yang menetap di asrama pekerja asing. Sementara 20 kes pula membabitkan warga Singapura sendiri atau Penduduk Tetap.

singapura lanjut notis duduk rumah

Disebabkan bilangan kes pesakit yang kian bertambah dari sehari ke sehari, Singapura telah menjalankan langkah pemutus rangkaian iaitu ‘notis duduk rumah’ daripada 7 April lepas sehingga 4 Mei nanti.

Bagaimanapun, bagi memastikan langkah pembendungan ini dijalankan dengan lebih ketat, Perdana Menteri Singapura telah mengumumkan pemanjangan tempoh pemutus rangkaian tersebut selama empat minggu lagi iaitu hingga 1 Jun nanti.

Tempoh ‘notis duduk rumah’ ini dilanjutkan bagi tujuan untuk mengurangkan keberangkalian kes sporadik iaitu ‘mereka tidak tahu bagaimana mereka dijangkiti, atau dari siapa’.

Malangnya jumlahnya tidak berkurangan dan ini menunjukkan terdapat lebih banyak, tempat simpanan tersembunyi dalam masyarakat, yang adalah sumber kes-kes yang tidak berkaitan ini, yang kami tidak dapat kesan.

Selepas menjalankan langkah pemutus rangkaian sejak 7 April lepas, jumlah kes komuniti di negara itu melihatkan penurunan yang signifikan. Hal itu membuktikan bahawa cara pencegahan ini menunjukkan keberkesanan yang memberangsangkan.

Singapura kini mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...