Jumlah Kes Positif COVID-19 Kini Cecah Lebih 1.5 Juta Orang

COVID-19

Jumlah Kes Positif COVID-19 Kini Cecah Lebih 1.5 Juta Orang

Sungguh pun banyak pihak yang berhempas pulas untuk membendungi wabak COVID-19 di seluruh dunia, namun sepertinya bilangan kes kian bertambah dari sehari ke sehari. Rata-rata bimbang angka korban akan meningkat dengan semakin banyak jika virus ini tidak dapat dikawal.

Bertambah hiba apabila jumlah kes positif melibatkan COVID-19 telah menjangkau angka yang mengejutkan iaitu 1,502,618 mangsa. Daripada jumlah kes tersebut, 89,000 daripadanya gagal diselamatkan manakala 337,000 pula telah sembuh dan discaj.

Advertisement

jumlah kes covid-19 1.5 juta

Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat mendahului negara lain dalam jumlah kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 432,438 kes. Empat negara lain yang berada di tangga ke atas semuanya bertempat di Eropah di mana Sepanyol (152,446 kes), Itali (139,422 kes), Jerman (113,296 kes) dan Perancis (83,080 kes)

Pun begitu, jumlah yang dilaporkan ini mungkin berbeza daripada negara ke negara kerana skala ujian yang berlainan. Tak hairan kalau jumlah kes yang dijangkiti sebenarnya adalah lebih tinggi daripada kes yang disahkan positif.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan, meskipun beberapa negara menunjukkan tanda yang positif, masih terlalu awal untuk melonggarkan langkah pencegahan bagi membendung penyebaran virus COVID-19 yang baru.

jumlah kes covid-19 1.5 juta

Penambahan jumlah kematian di United Kingdom dan New York selain kes jangkitan baru yang kian meningkat di Jepun dan bandar pesat di India membuktikan bahawa peperangan ini masih belum sampai ke penghujungnya.

Sekarang bukanlah masa untuk menurunkan senjata, malahan ini adalah masa yang paling mustahak untuk melipat gandakan usaha dalam memerangi COVID-19 ke akar umbinya dengan bantuan masyarakat sejagat.

Bersama kita bendung COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...