Jumlah Jangkitan COVID19 Menurun, Ini Langkah-langkah Dilaksanakan Pihak Berkuasa China

COVID-19

Jumlah Jangkitan COVID19 Menurun, Ini Langkah-langkah Dilaksanakan Pihak Berkuasa China

China mempunyai kes jangkitan COVID19 paling banyak setakat ini (80,859) tetapi jumlahnya telah menurun dari 100 kes setiap hari sebulan lepas kepada 46 kini–dalam negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk. Ini ialah satu pencapaian mengagumkan dari aspek kesihatan awam.

Apakah yang dilakukan kerajaan China untuk membendung COVID19?

Advertisement

Mengehadkan Pergerakan

Mulai 23 Januari, kerajaan negara China telah mengehadkan pergerakan (semua orang perlu tinggal di rumah, dan hanya keluar sekali seminggu) di wilayah yang menempatkan sejumlah 930 juta rakyat.

Had yang dikenakan pada skala dan tempoh ini tidak pernah dibuat sebelum ini. Setiap wilayah diberi peraturan pergerakan yang perlu dipatuhi dan semua peraturan ini boleh diakses di laman sesawang yang disediakan khas mengikut wilayah seperti di bawah:

Sehingga kini, kebanyakan bandar di China masih melaksanakan kuarantin seperti ini pada peringkat komuniti, dan kini sudah dilaksanakan selama enam minggu.

Tempoh pelaksanaan bergantung kepada tahap keseriusan wabak di bandar-bandar. Ini dipanggil ‘pengurusan tertutup’ oleh kerajaan dan media China.

Antara ciri-ciri pengurusan tertutup termasuk:

  • pergerakan manusia dan kenderaan diperiksa dengan permit masuk/keluar,
  • suhu badan di pintu masuk komuniti diperiksa
  • kenderaan dinyahkuman
  • melaksanakan penghantaran makanan dari rumah ke rumah, dan
  • permit untuk hanya seorang dari satu keluarga untuk keluar.

Lesen Perjalanan

Lesen untuk perjalanan peribadi di China, digunakan oleh berjuta rakyatnya, kelihatan seperti ini:

Sesetengah darinya mempunyai slogan:

Menjadi tanggungjawab semua orang untuk melawan virus.

Penghantaran Makanan

Di banyak bandar, pekerja diuruskan dalam skala besar untuk menghantar makanan dari rumah ke rumah. Penduduk hanya boleh keluar membeli bekalan makanan jika mereka memiliki permit, dan kedai hanya dibuka pada masa yang terhad.

Di Chongqing, contohnya, hanya seorang dari satu isirumah boleh keluar membeli-belah, sekali sekala.

Sekolah Dalam Talian

Sesi persekolahan kini dipindahkan ke dalam talian. Jenaka yang tersebar: ibu bapa mengadu kepada jiran atas rumah:

Boleh tolong suruh anak awak berhenti melompat? Bising sangat, anak saya sedang belajar di kelas matematik dalam talian.

Jiran menjawab:

Oh, maaf. Tapi anak saya sedang belajar dalam kelas sukan!

Sebagai hasilnya, China telah berjaya menurunkan Re (Kadar Pembiakan Efektif) COVID19 dari ~3.8 kes terbaru kepada ~0.32. Dengan kadar kurang dari 1.0, epidemik ini kini menghilang (sekurang-kurangnya akan hilang), untuk satu jangkamasa, di China. 

Kerajaan China kini secara perlahan membatalkan kekangan yang dikenakan terhadap rakyatnya apabila jumlah jangkitan semakin menurun, tetapi terus melaksanakan beberapa prosedur lain yang berdaya cipta, pada skala besar.

Sebagai contoh, lif di Beijing hanya membenarkan seramai empat orang dinaiki pada satu-satu masa, seperti yang tertulis pada pita yang terlekat di lantai.

Papan tanda pada lif mengatakan:

Tidak lebih dari empat orang dalam lif. Tolong bersabar dan tunggu lif seterusnya.

Di bawahnya tertulis:

Mari kita bersatu dan lawan virus ini bersama.

Slogan ini kini biasa dilihat di China.

Ini pula peta dan garis masa menunjukkan pengenaan kekangan “pengurusan tertutup” pada tahap wilayah di seluruh China sebagai usaha membendung COVID19.

Menjauhkan Diri daripada Khalayak

Satu lagi contoh usaha menjauhkan diri dari khalayak, dilaksanakan dengan meluas di China.

Pembeli, apabila dibenarkan keluar, ,berbaris dengan jarak 1.5 meter dari satu sama lain, sebelum memasuki kedai barangan dapur.

Pemandu Yang Sihat

Bekerjasama dengan industri, pihak berkuasa China menggalakkan syarikat penghantaran mengedarkan barangan, dan syarikat yang terpilih memastikan pemandu mereka memakai penutup muka dan tidak mengalami demam. Aplikasi yang digunakan mencatatkan maklumat-maklumat ini setiap kali pemandu mendekati rumah.

Pekerja syarikat penghantaran perlu meminimakan risiko dengan memakai penutup muka, nyahkuman kenderaan dan memeriksa suhu badan dan ini perlu dilakukan setiap hari.

Saat pekerja-pekerja di China kembali ke pejabat, beberapa sistem dikenakan, seperti di restoran dan kafeteria, untuk mengekalkan penjauhan diri dengan khalayak.

Peraturannya termasuk:

  • makan dengan cepat,
  • seorang saja di satu meja,
  • pemisah kadbod, dan
  • peringatan untuk tidak berbual antara satu sama lain.

Nampaknya semua langkah-langkah ini telah membantu membendung COVID19 dari terus merebak dan meragut nyawa.

Kini terpulang pada negara-negara lain untuk mengamalkan langkah seperti China memandangkan virus maut itu kini telah tersebar ke seluruh dunia dan wabak COVID19 sudah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) – amazingnara.com via NAChristakis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...