Jumlah Denda Ingkar PKP Hampir RM 6 Juta

COVID-19

Jumlah Denda Ingkar PKP Hampir RM 6 Juta

Kutipan denda termasuk syarikat dan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijelaskan dilaporkan mencecah sebanyak RM5,928,000.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan jumlah tersebut adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan bagi tempoh daripada bulan Mac sehingga Jun 2020.

Advertisement
”Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kompaun kepada individu dan juga syarikat atau premis sebanyak 11,379 kompaun. Seramai 21,420 individu yang ditangkap telah didakwa di mahkamah bagi tempoh 18 Mac sehingga 30 Jun,”

Kerajaan telah melaksanakan PKP bermula pada 18 Mac dan dijangka tamat pada 31 Ogos ini didalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut KDN lagi, susulan daripada pelaksanaan itu, pelbagai langkah-langkah telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan PKP itu termasuklah memperketatkan tindakan undang-undang serta kawalan keselamatan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...