Juliana Evans Tidak Mahu Terburu-buru Cari Teman Lelaki : Belum Terdesak Nak Kahwin

Hiburan

Juliana Evans Tidak Mahu Terburu-buru Cari Teman Lelaki : Belum Terdesak Nak Kahwin

Seorang wanita yang jelita dan popular seperti Juliana Evans tidak pernah boleh lari daripada soalan berkaitan kisah percintaan beliau. Malah, semua orang tidak percaya bahawa wanita secantik beliau masih belum mempunyai teman lelaki.

Advertisement

Jelas Juliana, buat masa ini beliau masih belum terfikir untuk berkahwin ataupun terburu-buru dalam mencari seorang teman lelaki.

Juliana mensasarkan umur  sebelum 30 tahun untuk menamatkan zaman solonnya, sekarang beliau ingin fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Sekarang saya belum terfikir lagi soal kahwin kerana tiada teman lelaki, tetapi siapa kita untuk menghalang jodoh dan ketentuan Tuhan? Justeru saya tak perlu nak terburu-buru dan terdesak untuk kahwin.

Saya ada beberapa tahun lagi sebelum memikirkan ke arah itu. Saya menyasarkan sebelum umur 30 tahun akan berkahwin tetapi jika tiga tahun lagi belum ada kekasih, baru saya akan bimbang. Bukan tak mahu bercinta sekarang tapi mahu fokus kepada kerjaya.

Nak cari pasangan hidup tidak perlu tergesa-gesa, lebih baik untuk mempunyai beberapa kenalan dan lihat siapakah yang benar-benar sesuai untuk kita. Apa-apa pun, Juliana Evans bukan mahu kahwin dalam waktu terdekat, semoga beliau bertemu dengan jodoh yang sesuai buat dirinya.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...