August 6th, 2015

Kami memang hormat dengan artis yang pentingkan pelajaran meskipun mereka sudah popular dalam dunia hiburan. Iyalah, masa depan dalam dunia seni ini  tidak menjaminkan apa-apa dan selalunya tawaran tidak selalu datang bukan?

Pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam jurusan Komunikasi Massa ( Pengajian Median dan Perfileman) pada tahun 2012 sebelum pulang ke tanah air April lepas, Juliana Evans bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

Saya tidak pernah gembira dengan diri sendiri kerana banyak benda yang berlaku. Sejak sekolah, saya rasa diri tidak berkembang. Sebab itu, ambil keputusan untuk belajar ke luar negara dan mahu impian saya menjadi kenyataan. Inilah masa depan yang telah lama saya tunggu.

Saya mahu jadi pensyarah. Itulah cita-cita saya setelah mendapat sokongan ibu. Sekarang, langkahnya sedang dimulakan. Maksudnya, saya ada mendapat tawaran memberi ceramah motivasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Buat masa ini Juliana masih belum memikir dimana universiti ataupun kolej untuk beliau memulakan langkah untuk menjadi pensyarah. Juliana kini senang membuat kerja mengajar kelas lakonan secara separuh masa dan  tidak akan terus sepi daripada dunia seni sekiranya cita-cita beliau itu tercapai nanti.

Jika sudah ada pengalaman dan meminati satu bidang tersebut, kami pasti Juliana Evans akan cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Kata orang, kita harus keluar daripada zon selesa untuk mencabar diri sendiri dan sejauh mana kemampuan kita. Beauty with brains.

Sumber Berita: Utusan Malaysia


Comments are closed.

Loading...