Juliana Evans Nafi Bercinta Dengan Pemain JDT

Hiburan

Juliana Evans Nafi Bercinta Dengan Pemain JDT

Sering menonton perlawanan bola sepak JDT, timbul khabar angin mengatakan pelakon cantik Juliana Evans mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang pemain bola sepak pasukan tersebut.

Advertisement

Namun, Juliana menerusi portal mStar Online hari ini menafikan sedang bercinta dengan mana-mana pemain JDT meskipun beliau sering menyaksikan perlawan pasukan berkenaan. Juliana hanya ingin memberikan sokongan kepada beberapa kawan baik beliau yang berada di dalam pasukan JDT.

Ya, saya ada beberapa kali menonton perlawanan bola sepak JDT di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos kerana bagi memberi sokongan kepada kawan baik saya, isteri kepada Syafiq Rahim iaitu Zandra Aziela.

Selain itu, ada juga beberapa pemain JDT yang saya rapat seperti Izham Tarmizi dan Nazrin Nawi. Kami sering lepak bersama kalau mereka ada perlawanan di Kuala Lumpur.

Juliana turut hadir pada perlawanan JDT di Johor Bahru baru-baru ini kerana beliau dalam perjalanan ke Singapura dan hanya singgah sebentar untuk menonton aksi pasukan tersebut.

Saya pergi ke stadium itu kerana saya ingin ke Singapura dan ketika itu ada perlawanan, jadi saya singgah untuk menonton dan beri sokongan kepada mereka. Setakat ini, memang saya tidak bercinta dengan mana-mana pemain bola sepak pun, semuanya saya anggap seperti kawan.

Tidak semestinya kalau ada sahaja artis yang menonton perlawanan bola sepak akan ada hubungan dengan mana-mana pemain. Mungkin juga mereka meminati pasukan itu sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...