Yeah~~~~ Para jejaka di luar sana bolehlah menarik nafas legas. Si gadis yang cantik, menawan, jelita, cun melecun dan memikat iaitu Juliana Evans mengesahkan yang dirinya masih lagi solo. Tiada teman lelaki. Single. Still available. Desas-desus percintaannya dengan Sonaone baru-baru ini hanyalah sekadar usikan kawan-kawannya. Juliana Evans dan Sonaone tidak bercinta. Mereka sekadar kawan baik sahaja.
Walaupun kebanyakan para peminat merestui sekiranya Juliana Evans benar-benar bercinta dengan Sonaone, hubungan mereka sebagai kawan sudah bermula sejak kecil lagi. Malah mereka juga telah rapat sebelum Juliana terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran. Secara jujur, memang Juliana dan Sonaone sama cantik sama padan. Kedua-duanya pun ada darah campuran. Kata Juliana:-
Saya jenis yang akan cakap terus-terang kalau benda itu betul. Biasanya saya tak ada masalah untuk mengaku cuma untuk gosip ini memang tak betul. Saya sudah agak benda ini akan jadi bualan. Bila saya kongsi gambar kami di media sosial, saya sudah tahu hal iniakan timbul. Hakikatnya saya sudah kenal dia lama.
Sejak dulu lagi, sebelum saya sambung belajar ke Amerika Syarikat kami memang berkawan rapat tapi tak ada apa-apa macam bercinta seperti yang dikecoh-kecohkan itu. Kami pun tak pernah keluar berdua saja. Kalau lepak di luar pun secara beramai-ramai. Mungkin kebetulan saya baru balik Malaysia jadi kawan-kawan saya mengusik.
Lega Abang Nara mendengar kata-kata Juliana Evans. Hehehe. Eh, kenapa Abang Nara pulak yang lega? Maafkan saya. Diharap apabila Juliana Evans sudah bertemu cinta hatinya kelak, perkara tersebut tidak akan dirahsiakan. Buat masa ini, Juliana masih single, Sonaone pun masih single. Kalau nak mengorat dipersilakan. Lagi beberapa gambar Juliana Evans dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Harian Metro.