Pelakon yang juga kini bergelar ibu, Che Puan Juliana Evans, 31, terkejut dan tidak menyangka namanya tersenarai dalam senarai 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) yang telah dijalankan secara undian dalam laman web Starmometer, baru-baru ini.
Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans ketika ditemui Harian Metro berkata dia sendiri tidak tahu menahu mengenai undian tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang mengundi namanya.
“Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengundi,”
Ibu kepada puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah ini ternyata memilik kecantikan semula jadi semenjak kecil. Menurutnya lagi, dia lebih percayakan kecantikan secara ‘natural’ dan jika ada yang menghargai, Juliana tumpang rasa gembira atas penghargaan tersebut.
Baginya, memiliki garisan dan kedutan serta masalah kulit wajah itu biasa dan ianya turut dihadapi oleh dirinya sendiri. Namun, perkara tersebut tidaklah menjadi satu masalah buat Juliana evans.
Dalam undian tersebut, Juliana telah mengalahkan aktress Hollywood apabila menduduki tempat ke 72 mengatasi Emma Stone di tangga ke 75 dan Taylor Swift di tangga ke 76.
Manakala tempat pertama telah dirangkul oleh pelakon Korea iaitu Son Ye-Jin. Antara nama lain yang turut tersenarai adalah Gal Gadot, Deepika Padukone, Emma Watson dan Selena Gomez.