Juliana Evans Dedah Sudah Setahun Bercinta Dengan Kerabat Diraja Selangor

Hiburan

Juliana Evans Dedah Sudah Setahun Bercinta Dengan Kerabat Diraja Selangor

Selepas tersebarnya foto Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak, ramai yang tertanya adakah hati si cantik manis ini sudah dimiliki?

Advertisement

Eksklusif di Harian Metro hari ini, Jue mengakui beliau kini sedang menjalinkan hubungan serius bersama seorang jejaka daripada kerabat diraja Selangor yang juga merupakan seorang kerabat diraja Johor.

Sudah bercinta selama setahun, Jue bagaimanapun masih belum bersedia untuk memberitahu siapakah gerangan kerabat diraja berkenaan.

Bagi saya, cukuplah sekadar mengakui memang kami bercinta. Saya tidak mahu bersikap hipokrit kepada peminat dan terus menjadikan ia teka-teki.

Jue dan kekasihnya mula berkenalan melalui rakan mereka, sikap penyayang dan mudah mesra jejaka berkenaan membuatkan Jue begitu tertarik dengannya.

Malah, jejaka berkenaan juga mudah untuk “masuk” dengan kawan-kawan Jue yang lain.

Apa yang membuatkan saya tertarik dan boleh terima dirinya kerana sikap mudah mesra, penyayang dan boleh masuk dengan rakan sekeliling saya.

Penting untuk saya, lelaki yang mahu rapat dan berkawan dengan saya boleh menerima siapa rakan di sisi saya selain daripada keluarga. Kami juga serasi kerana perangai lebih kurang.

Baguslah jika Jue sudah bertemu dengan jejaka yang sesuai dan serasi bersamanya. Semoga hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Amin..

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...