Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Juliana Evans Akui Zizan Lelaki Idaman, Kami Kecewa Lagi

juliana evans

Lepas sorang demi sorang artis pujaan kami dicuri hatinya oleh orang lain. Dulu Scha dirampas dari kami oleh Awal, lepas tue Diana Danielle ditackle oleh Syamsul, kini nampaknya aura cinta Juliana Evans sudah beralih arah kepada Zizan Raja Lawak. Hanya Lisa Surihani yang masih single and available.

Advertisement

Oh ye kalau anda terlupa, kami pernah suruh Zizan tackle Juliana Evans. Dan baru-baru ini, Juliana Evans mengaku yang Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Tapi agak sayang kerana hati Juliana Evans masih belum terbuka untuk bercinta kembali. Masih luka akibat clash dengan Sam Bunkface dulu.

Kalau kami jadi Zizan, sudah tentu kata-kata Juliana ini kami akan jadikan “hint”. Nampak sangat seolah-olah Juliana nak suruh Zizan ngorat dia. Cuma selaku seorang gadis Melayu berkacukan omputih, masih ada sifat malu-malu lembu dalam diri Juliana Evans. Apo kau nak tunggu lagi Zizan? Peluang ada depan mata. Sila gunakan.

[note]Saya memang selesa berkawan dengan Zizan kerana dia kelakar dan matang. Keserasian antara kami mula terbina sejak membintangi filem Hantu Bonceng. Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula.[/note]

Kata orang, ubat putus cinta yang paling sempurna ialah bercinta kembali. Apa kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top