Ramai yang yakin bahawa jejaka tersebut merupakan kekasih Juliana kerana mereka tampak cukup mesra bersama dan difahamkan jejaka berkenaan bukan calang-calang orangnya dan dari kerabat diraja Johor.
Tidak mahu terus berahsia, Juliana akhirnya mengakui rapat dan sedang kenal hati budi jejaka berkenaan dan tidak menafikan temannya itu adalah kerabat diraja.
Ya, saya akui sedang rapat dengan pemuda itu. Kami masih dalam proses mengenali hati budi.
Buat masa ini memang ya dialah pemuda yang dekat dengan saya. Namun maaf saya belum boleh kongsi siapakah namanya. Tetapi tumpuan utama saya ialah pada kerja.
Wah, memang betul tekaan orang ramai bukan? Pandai juga Juliana cari calon kekasih yang cukup tampan. Namun, rupa bukan ukuran, yang penting mereka berdua serasi bersama dan jejaka tersebut mampu untuk membahagiakan Juliana.