Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Juliana Evans Akui Kekok Pergerakan Diawasi Oleh Pengawal Peribadi

Pelakon Juliana Evans akui kehidupan beliau kini sudah berbeza selepas beliau sah bergelar isteri kepada seorang kerabat diraja Johor – Selangor, Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj. Merupakan seorang wanita yang berdikari dan melakukan hampir setiap perkara seorang diri sebelum ini, Juliana akui beliau merasa kekok apabila setiap langkah beliau kini diawasi oleh pengawal peribadi.

Advertisement

Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa. Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri.

Sedang membiasakan diri juga dengan pembantu rumah di kediaman beliau, Juliana bagaimanapun mahu suaminya merasa sendiri air tangan beliau. Setakat ini, beliau sudah sempat untuk menyediakan sarapan buat suaminya.

Berbicara mengenai perkahwinan beliau pula, Juliana akui ia dirancang dalam waktu yang agak singkat.

Sebenarnya kami tidak begitu merancang dan majlis itu dilakukan dalam masa yang singkat. Saya rasa memang sudah sampai masanya untuk saya bina sebuah kehidupan baru. Saya mahu ada orang di sisi dan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Juliana memberitahu beliau masih akan aktif dalam bidang lakonan meskipun sudah berkahwin. Juliana bersyukur kerana suami dan keluarga mertua menyokong dan memahami kerjayanya dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top